Tuesday, 10 November 2009

Perkahwinan Gurauan PAS

Dewakampung agak terperanjat dengan pendedahan YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci. lihat ini

Pujian dan tahniah harus diucapkan kepada YB Tuan Khalid Samad kerana mendedahkan serta berani membuat pengakuan demi menyelamatkan Islam, Jika ini yang diamalkan oleh kepimpinan PAS bagaimanakah orang bukan Islam hendak memeluk agama Islam?, dewakampung melihat cara ini telah menyebabkan orang bukan Islam tidak berminat untuk memeluk Islam jadi bagaimana agama Islam hendak disebarkan kepada orang bukan Islam?.

Dewakampung dengan tegas menyatakan perkahwinan adalah suci tetapi telah dijadikan gadaian politik oleh PAS. Sedarkah kepimpinan PAS bahawa perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut & penceraian perkara yang sangat dibenci oleh Allah SWT adakah perkara seasas ini tidak diketahui oleh pemimpin PAS yang rata-rata menyatakan diri mereka ulama. Pada PAS harga sebuah perkahwinan dan nilai kekeluargaan adalah terlalu murah serta boleh digadai dengan tukar parti sahaja...ini amat menjengkelkan kerana pekahwinan bukan barang gadaian. rujuk disini

Seharusnya amanah Allah SWT perlu dilaksana dengan baik & dibajai ikatan kasih sayang antara suami-isteri tetapi hanya kerakusan untuk menjadi ahli politik PAS sanggup mengkianati amanah itu hingga meminta setiap ahli PAS yang mahu bertanding perlu bai'ah atau sumpah menceraikan isteri yang tidak berdosa dengan talak tiga, dimanakah keadilan bagi kaum wanita yang merupakan Isteri yang sah.

Gambar menujukkan pelajar matrikulasi di Bai'ah
Dewakampung turut melihat bukan isteri sahaja yang menjadi mangsa tetapi pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan, Sabah turut menjalani Majlis Angkat Sumpah pimpinan baru Sahabat Al-'Irfaan oleh mahasiswa pro-pembangkang pada 15hb Mei 2009. Jadi apa yang jelas perkataan bai'ah @ sumpah adalah satu permainan pada PAS kerana ini diajar dari peringkat awal lagi....Jelas membuktikan PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

Dahulu kepimpinan PAS dengan lantang menuduh UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi PAS pada hari ini PAS sendiri tidak melaksanakan hukum Hudud lagi teruk hingga sanggup menjadikan perkahwinan yang suci satu jenaka politik...ingatlah Isteri itu amanah Allah SWT
Fikirkanlah dengan waras akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, adakah PAS ini layak untuk memerintah negara ini kerana jelas PAS telah mempergunakan agama demi meraih politik dan dewakampung amat percaya bila PAS/Partai Pembangkang memerintah Malaysia institusi kekeluargaan akan menjadi hancur kerana ia menjadi GADAIAN PARTI PAS.

Sunday, 8 November 2009

Bijaknya Manusia Bernama Nik Aziz


Dewakampung melihat beberapa perkara akan berlaku jika pakatan pembangkang menang Pilihanraya Umum Ke-13 dan kita cuba menilai siapa yang akan jadi Perdana Menteri?

1. Tuan Guru Datuk Nik Aziz sudah memulakan gerakan menyingkirkan Hadi Awang, Mustpha Ali, Nasaruddin Isa & Hassan Ali.
2. Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga pernah menyatakan bahawa jika Barisan Nasional (BN) kalah dan Pakatan Pembangkang menang Anwar akan jadi Perdana Menteri (PM).
3. Akhirnya, Tidak mustahil Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan mendedahkan segala keburukkanAnwar pada saat akhir sebelum Anwar angkat sumpah (itu pun kalau Anwar tidak kalah di Mahkamah pasal kes main belakang dengan Saiful).
4. Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersungguh-sungguh mengurat kaum Cina & India agar sokong & terima Parti Islam SeMalaysia (PAS) hingga sanggup buka PAS pada orang bukan Islam.
5. Bukankah ini semua bermakna Tuan Guru Datuk Nik Aziz telah mengaturkan strategi dengan liciknya agar beliau sendiri menjadi PM?. Khomeini telah menjadi Ketua Ulama Iran menguasai Presiden Iran pada umur 71 tahun.

Maka dewakampung melihat adalah tidak mustahil ini berlaku pada Tuan Guru Datuk Nik Aziz kesayangan kita semua.......

Tuesday, 3 November 2009

Profesor menyatakan UMNO Pengumpul Sampah!!!!!

Didalam Laman Web Rasmi PAS iaitu HarakahDaily.Net seorang profesor undang-undang yang menyatakan pelawan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kepada Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mamasuki UMNO umpama pengumpul sampah dan barang lusuh seperti mana berlaku di Perak, Kedah dan waktu ini di Selangor. rujuk disini

Dewakampung melihat seharusnya profesor berkenaan tidak sepatutnya menyatakan demikian kerana sebagai seorang cendiakawan beliau seharusnya tidak mencampuri urusan politik serta haruslah bersikap rasional jika mahu mengeluarkan kenyataan setaraf dengan kelayakkan beliau sebagai profesor. Apabila diteliti, itu adalah hak Khir Toyo untuk menawarkan atau tidak sesiapa sahaja untuk memasuki UMNO/BN. Disini adakah Profesor ini merasa cemburu apabila beliau tidak dipelawa memasuki UMNO.

Sedarkah Profesor berkenaan jawatan yang diterima sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta pencapaian akademi hingga ke tahap PHD adalah hasil diperjuangan UMNO/BN yang memikirkan nasib akan rakyatnya, bukan niat dewakampung untuk mempertikaikan Profesor berkenaan tetapi kenyataan yang dilemparkan oleh Profesor ini seolah-olah menunjukkan beliau bukan seorang yang tahu mengenang budi. Tindakan Profesor ini umpama meludah ke atas keluarga sendiri anologi yang ingin dewakampung berikan "jika si ayah telah membesar serta memberi kita didikan yang sempurna tetapi apabila kita dewasa & berjaya kita menghina pula ayah kita, bukakah itu satu sikap yang kurang ajar???? dan jika ini berlaku harus ditanam" semasa kecil lagi.


Kenyataan sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh, menunjukkan beliau sendiri adalah sampah dan bahan lusuh. Sukacita dinyatakan apabila bercakap lihat dahulu diri sendiri..........