Thursday, 21 July 2011

Selangor Perintis hiburan HARAM

Gambar Pusat Hiburan

YB Ronnie Liu (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian & Pendidikan Negeri) Kerajaan Negeri Selangor mengakui wujud banyak premis hiburan yang beroperasi secara haram semenjak pemerintahan parti campuran PKR, DAP dan PAS ekoran tindakan kerajaan negeri yang masih membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan.

Kenyataan YB Ronnie Liu yang di petik dari mStar online adalah seperti berikut "Jadi pusat hiburan yang ada sekarang beroperasi dengan lesen yang diperoleh dari kerajaan negeri terdahulu dan saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu. lihat disini

Hasil dari kenyataan ini membuktikan beliau telah gagal menjalankan peranan dan fungsi selaku Exco Kerajaan Negeri maka tidak hairanlah apabila kes arak yang dirampas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di minta di pulangkan kembali.

Walau pun PBT tidak ada kuasa menangkap dan menghukum pusat hiburan haram tetapi PBT boleh menjalankan operasi secara bersama dengan agensi lain seperti Polis, ADK, tetapi alasan yang diberikan oleh beliau sama sekali tidak boleh diterima dan masuk akal ini menunjukan kedangkalan pemikiran beliau selaku Exco Kerajaan Negeri.

Menghairankan juga apabila PAS hanya berdiam diri dengan isu ini dan sekali lagi membuktikan PAS sekadar menjadi tunggangan DAP berapa kelinya selepas isu kata dua Karpal Singh.

HAI PERJUANGAN PARTI CAMPURAN INI AMAT BERBEZA-BEZA

Wednesday, 20 July 2011

Melayu Meniaga DAP Roboh

Peniaga Melayu di Batu Feringghi di hina

Masyarakat Melayu yang berniaga di lancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini kerana gerai tersebut di bina secara HARAM di atas tanah orang lain, maklumat menyatakan kerja robohkan premis tersebut pada jam 11.00 pagi dan seramai 20 anggota penguat kuasa MPPP melakukan tugasan itu . Lebih mendukacitakan gerai yang dirobohkan itu ketika tuannya tiada ini merupakan satu bentuk kezaliman kerajaan neegri pulau pinang

Tuan punya gerai Encik Mohamad Yusoff menyatakan serta mendakwa Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) akan membantu beliau menyelesaikan isu ini tetapi apa yang jelas Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyelesaikan dengan merobohkan gerai tersebut.

KESIMPULANNYA APABILA DAP MEMERINTAH PULAU PINANG, MELAYU DI ANAK TIRI OLEH KEPIMPINAN LIM GUAN ENG

Wednesday, 1 June 2011

Perangai sebenar DAP yang turut di sokong oleh PAS




1. DAP marah apabila kerajaan menolak Ching Peng dari kembali ke Malaysia sedangkan DAP menyatakan Ching Peng adalah perjuangan kemerdekaan negara yang turut di sokong oleh PMI yang merupakan anak didik PAS.

2. DAP marah apabila negara luar mengakui bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang yang adil dan saksama dalam memberikan layanan kepada semua kaum...sedangkan Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu sebelum menwujudkan negara Islam''.

3. DAP marah apabila kerajaan pusat melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan di sambung pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang memberi fokus kepada Bumiputera dan dalam pada sama Kaum Bukan Bumiputera turut mendapat kebaikan melalui pengagihan kek ekonomi yang saksama, sebab itu selepas berjaya memerintah Pulau Pinang Kerajaan DAP tidak melaksanakan lagi DEB kerana DAP hanya perjungankan kaum Cina sahaja..iaitu politik perkauman.

4. DAP marah apabila kes salah laku berkaitan moral juak-juak pembangkang ini tersebar kepada umum terutamanya yang melibatkan orang kuat DAP iaitu Eliza dan Orang Kuat Pembangkang iaitu D**I.

5. DAP marah apabila Kerajaan Pusatmemeberi tumpuan dalam pembangunan syiar Islam dengan mengadakan Al-Quraan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebab itulah Nga Kor Ming berani membaca ayat al-Quraan dalam ceramahnya walaupun apa yang di baca sama sekali tidak tepat ''seakan-alan menghina''

TAPI AMAT SEDIH APABILA PAS SANGGUP BERSAMA DAP....