Wednesday, 29 July 2009

Kisah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Salam Perpaduan

Datuk Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) dengan lantang menyatakan menolak kerjasama dengan UMNO dengan menyatakan kerjasama yang dibuat adalah antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat malahan mengeluarkan kata-kata paling indah sebagai seorang ulama iaitu "pergi jahamlah UMNO", dewakampung tidak terperanjat dengan kata-kata indah Nik Aziz selaku Ulama PAS kerana sebelum ini memang selalu menyatakan perkataan yang indah-indah seperti isu UMNO kafir, DAP sama dengan syaitan dan sebagainya kerana itu seluruh pemgikut PAS sentiasa mengucapkan perkataan indah dan tingkah-laku yang sopan terutama semasa pilihanraya seperti pilihnaraya Manik Urai dimana seorang petugas pilihanraya UMNO menjadi mangsa lihat disini.

Nik Aziz ada menyentuh dan berbicara soal perpaduan tetapi perpaduan dalam PAS tiada, apakah lagi dalam Pakatan Pembangkang..ini pula Nik Aziz hendak lihat beliau mejayakan agenda perpaduan ummah, dalam pakatan pembangkang pun bertelagah. Adakah sesuai Nik Aziz berbicara soal perpaduan kerana semasa Islam pun tidak maha berpadu. Mengapakah Nik Aziz sanggup meminggirkan saudara sesama Islam (UMNO) semata-mata kepentingan kuasa politik beliau, betulkah Nik Aziz ini benar-benar ULAMA????

Dewakampung melihat Nik Aziz tidak pernah ikhlas dan jujur dalam menjayakan perpaduan ummah dan seharusnya UMNO tidak perlu melayan Nik Aziz kerana dewakampung berpendapat ia hanya membuang masa sahaja serta telah menganggu proses pembangunan negara. Mengapakan Nik Aziz bergitu busuk hatinya hingga sanggup menghina saudara sesama Islam serta boleh pula bersama-sama membantu rakan bukan Islam dalam kompenan Pakatan pembangkang bagi menghamcurkan UMNO (ternyata parti untuk perjuangkan Islam & Bangsa Melayu tanpa meminggirkan hak agama dan bangsa lain).

Tahukah Nik Aziz kenyataan yang dinyatakan 'salam' kerjasama yang dihulurkan adalah atas prinsip hubungan Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat dan tiada kaitan dengan kesediaan membentuk kerjasama antara PAS dan UMNO. Mengapakah bergitu dangkal pemikiran Nik Aziz bukankah Kerajaan Pusat pada hari ini dibentuk oleh Kompenan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO...Susah sangat ke Nik Aziz hendak bersama dengan UMNO dalam membentuk perpaduan ummah?.Tindakan Nik Aziz ini telah kecewakan banyak pihak yang sayang kepada Islam dan Bangsa Melayu serta jelas menunjukkan Nik Aziz lebih mementingkan kepentingan politik dari perjuangan Agama Islam dan Bangsa Melayu. baca ini

Sedarkah Nik Aziz akan permasalah yang memimpa Agama Islam dan Bangsa Melayu apabila orang Melayu bercakap soal Agama Islam & Bangsa Melayu dituduh "rasic" malahan ada seorang Adun DAP negeri Johor siap menyatakan kerajaan mengamalkan "aparteid" . Jadi dewakampung membentangkan jadual kemiskinan untuk tatapan semua pembaca dari sumber dari Utusan Malaysia, 9 April 2008 adalah seperti dibawah

jumlah pendapatan isi rumah tahun 2008

Sedarkah Nik Aziz akan data ini atau Nik Aziz buat tidak tahu, dewakampung berpendapat tidak mungkin seorang Menteri Besar berstatus Ulama PAS tidak mengetahui maklumat dan data berkenaan, tolonglah Nik Aziz ubah sikap anda demi kebaikan Agama Islam dan Bangsa Melayu, jika kita lihat negeri Kelantan hampir 100 peratus penduduknya Melayu, maka mengapa Nik Aziz tidak mahu menwujudkan perpaduan ummah???. Maka dalam hal ini penduduk negeri Kelantan menjadi mangsa atas kesombongan Menteri Besar Kelantan sendiri, tetapi persoalannya disini ia bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negeri Kelantan tetapi seluruh negara akibat dari kedegilan dan kesombongan seorang Ulama PAS bernama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sunday, 26 July 2009

Berbicara Soal Bangsa DIkatakan Rasic...apa sudah jadi dengan Malaysia

Pemimpin Ulung Negara Yang Melahirkan Kenyataan Berdasarkan Fakta dan Hakikat

Selepas saya membaca tulisan Yang Amat Berbahagia Tun Dr.
, Persolan yang berlegar dalam pemikiran saya mengapa apabila Bangsa Melayu menyatakan hak mereka dikatakan rasis tetapi apabila Orang Bukan Melayu menyatakan hak mereka dikatakan atas dasar dan prinsip keadilan dan hak asasi manusia, dimanakah letaknya keadilan seperti isu Hindraf dan tuntutan Suqiu????




Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah apa bangsa, agama, darjat keturunan dan pegangan politik cuba fahami prinsip rukun negara nescaya tidak akan berlaku sebarang permasalahan dalam negara.

Tuesday, 14 July 2009

Singapura dan Tanah di Selangor

Pulau Singapura tempat Khalid Ibrahim memberi projek...

Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Dewakampung melihat ini adalah satu projek yang baik untuk memelihara alam sekitar difahamkan kos pembersihan sungai Klang & Jaringan Sistem Pengankutan Awam Selangor bernilai RM 2 bilion dan merupakan satu angka yang sangat besar.

Satu persoalan yang timbul disini mengapa projek sebesar itu harus diberikan kepada syarikat dari Singapura sudah tidak adakah syarikat yang layak di Malaysia atau negeri Selangor untuk melaksanakan projek berkenaan. Hina dan buruk sangatkah syarikat di Malaysia atau negeri Selangor atau tidak cukupkah kepakaran dan teknologi yang ada, Mengapa tidak diberi peluang kepada syarikat di Malaysia atau negeri Selangor?. Dewakampung melihat Khalid Ibrahim telah melakukan pembaziran terhadap wang rakyat dan dalam masa yang sama telah menidakkan kepakaran anak tempatan khususnya dari negeri Selangor. Jelas menunjukkan Khalid Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana tidak sanggup memberi peluang kepada rakyat khususnya di negeri Selangor untuk menjalankan projek berkenaan.

Melihat dari kaedah perlaksanaan projek pembersihan Sungai Klang ia kelihatan menggadaikan tanah-tanah di sepanjang tebing sungai Klang. Ini kerana syarikat dari Singapura tersebut akan diberi hak (rights) untuk membangunkan kawasan-kawasan di sepanjang tebing sungai sejauh 6 km sebagai "trade off" pembiayaan pembersihan Sungai Klang, persoalan disini jika ini kaedah perlaksaan adakah masyarakat Melayu dan Bumiputra akan memiliki hartanah itu nanti...bukankah kaedah ini akan menyebabkan umat Melayu terpinggir di tanah sendiri dan adalah amat malang apabila anak jati Selangor dipinggirkan serta dinafikan hak oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor secara terancang. Dewakampung menyatakan demikian kerana Melayu bernama Khalid Ibrahim ini meminta syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit maka persoalan disini siapa yang untung??.

Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam Lantikan Khalid Ibrahim iaitu Tricia Yeoh

Khalid Ibrahim ada melantik dua pegawai iaitu Low Siew Moi selaku Penasihat Kewangan dan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Menteri Besar Selangor dan difahamkan sehingga kini kedua-dua pegawai yang dilantik masih belum pun mengangkat sumpah menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri, bukankah ini mendatangkan implikasi kepada Kerajaan Negeri Selangor??. Dewakampung amat hairan sudah tiada ke Pegawai-pagawai Melayu yang boleh memberi nasihat kepada Khalid Ibrahim? atau pegawai-pegawai yang dilantik Khalid Ibrahim ini mempunyai hubungan dengan syarikat dari Singapura??...Mengapa tiada nasihatkan Khalid Ibrahim supaya mengambil syarikat dari Malaysia???...

Adakah Singa Ini Akan Membaham Selangor...hanya Allah SWT sahaja yang tahu

maka kita dapat melihat sejarah kembali jika dahulu "Singapura di langgar todak tetapi diera serba canggih kita akan melihat Selangor di baham Singapura".......

ITULAH HEBATNYA PEMIMPIN BERNAMA KHALID IBRAHIM!!!!!!!!!