Nik Aziz perlu lebih bertanggungjawab diatas setiap kenyataanNik Aziz telah pun menjadi "tuhan" kerana boleh menentukan seseorang itu memasuk syurga atau pun tidak mungkin ini antara kelebihan yang ada apabila menjadi (Mursyidul Am PAS). Nik Aziz turut menyatakan ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga. Jelas dewakampung berpendapat kenyataan Nik Aziz ini amat keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama serta telah menjatuhkan imej ulama Islam yang selama ini dihormati.
Dewakampung melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ini kerana untuk meraih undi dan menakutkan masyarakat Melayu Beragama Islam, sedarkah Nik Aziz bahawa beliau telah pun mempermainkan agama Islam yang suci ini dan siapa Nik Aziz untuk meletakan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak??.
baca disini
Kenyataan rasional dari Ketua Dewan Ulama PAS...terdapat pencangahan dalam Parti PAS!!!!
Jika dilihat dengan jelas Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS), lebih rasional dan bercakap berdasarkan kenyataan serta tidak menjatuhkan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak, ini menunjukkan Nik Aziz telah semakin tua dan meracau dengan apa yang diucapakan dan taniah kepada Datuk Harun Taib kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang baik sebab sanggup membetulkan kenyataan yang boleh merosakkan akidah umat Islam yang lahir dari mulut ulama bernama Nik Aziz.
Ada dua persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada Tuan Guru Nik Aziz apa beza penyokong UMNO dengan ahli UMNO, apabila Nik Aziz menyatakan kenyataan sedemikian. Persoalan kedua pula siapa Nik Aziz boleh mengukur iman seseorang.
Dewakampung bukan orang yang layak untuk bercakap berkenaan agama secara ditel walaupun mengetahui tetapi jika pemimpin UMNO itu tidak beriman dan tidak mengikut landasan ajaran Islam kita lihatlah perlaksanaan fardhu kifayah yang telah dilaksanakan, sebab perlaksanaan fardhu kiyafah adalah wajid ke atas pemimpin.
Dewakampung berharap agar Allah SWT menunjukkan jalan kebenaran dan kepada Nik Aziz jangan mengelirukan umat Islam dengan kenyataan yang boleh merosakan umat semata-mata kepentingan politik.