Monday, 28 September 2009

Nik Aziz, Ibrahim Ali & Islam

Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) dengan bongkak menyatakan beliau telah berjaya menerajui kerajaan negeri Kelantan selama dua dekat dan beliau turut menyatakan kawasan seperti Kuala Krai & Gua Musang mencapai kemajuan..ada amat melucukan apabila Nik Aziz menyatakan beliau berjaya membangunkan negeri Kelantan dan contoh kewasan pembangunan di Kuala Krai & Gua Musang adalah hasil dari perancangan kerajaan Pusat Barisan Nasional. Nasib baik Nik Aziz ini sedar diri dan tidak menyatakan pembangunan korodor pantai timur melibatkan negeri Kelantan adalah hasil dari perancangan beliau baca ini.

Jika Nik Aziz menyatakan PAS Kelantan tidak gagal, bagaimana pula dengan PAS Perak & PAS Selangor???. Apa yang jelas Nik Aziz telah gagal mentadbir Parti PAS dengan baik dan beliau selaku orang besar dalam PAS telah GAGAL melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Dewakampung menaytakan demikian kerana PAS Perak & PAS Selangor semakin hilang arah tuju dalam memperjuangakan Islam seperti penubuhan awal PAS.

Jika dilihat kembali saranan Ibrahim Ali mungkin ada benarnya setiap butir yang berkaitan dengan Nik Aziz seperti sebab, "pemimpin itu (Nik Aziz) secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka" lihat disini.

Dewakampung ingin menyatakan siapa Nik Aziz boleh menentukan amal soleh seseorang Tuhan, sebagai seorang ilmuan Islam Nik Aziz seharusnya lebih bertanggungjawab dan bertamadun dalam menegluarkan kenyataan dan diharapkan Nik Aziz agar merenung kembali diri beliau serta parti PAS yang semakin hilang arah tuju.

Monday, 14 September 2009

SERUAN KEPADA PEMUDA-PEMUDI


Ayuhai Pemuda Harapan Negara
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi

Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu

Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang

Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga

Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah

Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA

Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi

HIDUP MELAYU

DIPETIK DARI PUISI LAMA JUWITA - 1956

Thursday, 10 September 2009

Perkara 3 Perlembagaan Negara Tercemar Angkara MB Selangor


BEBERAPA HARI LALU, perencanaan halus musuh Islam berjaya dilakukan, malah lebih memilukan apabila seluruh ADUN Melayu Pakatan Rakyat Selangor sekadar mendiamkan diri. Mana pergi suara jagoan Melayu di kalangan mereka yang bergitu lantang semasa pilihanraya?. Apa yang dibuat oleh Hasan Ali, Azmin Ai, Yakop Sapari, Suhaimi Syafie, Dr. Rani, Saari Sungib & Iskandar Samad adakah mereka sengaja membutakan mata serta sengaja memekakkan telinga???.

Kini keputusan YAB Menteri Besar Selangor hasil tekanan kelompok bukan Islam telah memihak kepada INTER FAITH COUNCIL (IFC). Sebuah kuil besar berkeluasan 20 ribu kaki persegi akan dibina di kawasan 80% Melayu. Lebih memilukan dan mengaibkan kuil ini jaraknya tidak sampai 200 meter daripada SEBUAH SURAU.

Tiga puaka Bangsa Melayu (yang mengeji Agama Islam) iaitu Khalid Ibrahim, Khalid Samad & Rodziah menepis dan berhujah gampang. Jawapan politik maha bangsat diberikan dan tiada langsung sedikit perasaan kesal atas tindakan itu. Mengapa mereka sanggup membodohkan akal penduduk dengan memberi jawapan yang cukup menyakitkan hati serta menguris perasaan penduduk Melayu Beragama Islam????.

Adakah benar, kiranya IFC melepasi dugaan krisis pembinaan kuil besar di seksyen 23 Shah Alam Selangor, MAKA KEJAYAAN INI AKAN DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MEMBINA SEBERAPA BANYAK LAGI GEREJA, KUIL & TOKONG BESAR DI KAWASAN-KAWASAN MAJORITI MELAYU YANG LAIN???. Dimanakah Perkara 3 Perlembagaan Negara yang menyatakan "Agama Islam Adalah Agama Persekutuan Dan Agama Lain Bebas Diamalkan Secara Aman & Damai Dalam Mana-Mana Bahagian Persekutuan". Apa yang jelas mereka menafsir Perkara 3 itu sesuka hati tanpa merujuk pakar undang-undang.

Apa yang jelas sia-sia sahaja pemimpin dahulu memasukkan Perkara 3 dalam Perlembagaan. Sebenarnya hak beragama orang lain tidak boleh sama sekali dilaksanakan dengan menjejas kedudukan Agama Islam itu maknanya "lain-lain agama boleh diamalkan dengan "AMAN & DAMAI!!!!!"..INGATAN BAGI MEREKA YANG LUPA KONSEP PERLEMBAGAAN NEGARA.

Dewakampung melihat konsep 1Malaysia, semua pihak harus peka & bertolak-ansur berdasarkan Pelembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi tunjang negara. Tiada maknanya konsep 1Malaysia jika tidak berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, apa yang nyata Kerajaan PKR & PAS membuat kerja bahaya semacam ini secara tidak lansung boleh meruntuhkan perpaduan NEGARA...