Monday, 3 January 2011

Shuhaimi Shafiie vs Sultan Selangor

Dewakampung agak merasa kesal dan dukacita dengan tindakan kurang bermaruah secara tiada budi bahasa yang ditunjukkan oleh YB Shuhaimi Shafie (ADUN Seri Muda) dari Parti Keadilan Rakyat yang secara terang lagi jelas menghina serta menentang keputusan DYMM Sultan Selangor. Tindakan YB Shuhaimi Shafie ini secara jelas telah mencemar kewibawaan DYMM Sultan Selangor serta secara langsung menghina kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini mendukong pemerintahan negara.

YB Shuhaimi Shafie pada 31 Disember 2010 dalam blognya http://srimuda.blogspot.com secara terang menentang keputusan DYMM Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). YB Shuhaimi Shafie dengan angkuh menyatakan pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan ia terletak dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan. YB Shuhaimi Shafei juga seolah-olah memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Dewakampung melihat tindakan YB Shuhaimi Shafie ini amat derhaka serta melawan DYMM Sultan, di sini jelas menunjukkan kepimpinan pakatan pembangkang tidak mempunyai serta mengamalkan budaya hormat dikalangan kepimpinan negara, ini semua berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri yang gagal mendidik anak buahnya mengamalkan sikap-sikap murni.apabila difikirkan kembali tidak menghairankan jika sikap YB Shuhaimi Shafie sedemikian rupa kerana Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menghormati Institusi Raja dan kepimpinan negara yang selama ini membangunkan negara…pernah satu ketika dahulu Anwar Ibrahim dan anaknya Nurrul Izzah menghina negara Malaysia di negara luar serta menjemput campur tangan asing dalam pentadbiran negara Malaysia.

Bagi mengatasi sikap kurang ajar dikalangan pemimpin politik, dewakampung mencabar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan kepada YB Shuhaimi Shafie kerana amat jelas beliau telah melanggar undang-undang negara..suka cita diingatkan kepada YB Menteri Dalam Negeri agar harus melaksanakan tugas di kementerian itu demi menjamin keharmonian negara Malaysia. Dewakampung beranggapan YB Menteri Dalam Negeri harus berani mengambil tindakan dan bukannya bersikap penakut…Ingat YB Menteri Dalam Negeri jika anda tidak mengambil tindakan Institusi Raja & Sultan akan terus dihina oleh kaki-kaki kurang ajar ini.

Dewakampung merasakan tindakan undang-undang boleh diambil dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati dan Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur.
Apa yang jelas Kementerian Dalam Negeri harus bertindak.

Saturday, 18 December 2010

DAP mainkan PAS melalui Homoseksual

Dewakampung tertanya-tanya mengapa PAS & DAP masih lagi boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun mengetahui bahawa beliau seorang yang homoseksual seperti mana pendedahan yang dilakukan oleh WikiLeaks mengenai kegiatan homoseksual Anwar Ibrahim serta turut mempunyai "bukti teknikal". "Bukti Teknikal ini telah menyebabkan Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) telah mempercayai bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseksual dan liwat. Satu pertanyan dewakampung disini adakah maklumat ini tidak diketahui oleh kepimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang merupakan orang kuat dalam DAP??

Lebih menjadi kehairanan dewakampung ialah mengapa Karpal Singh sendiri bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar Ibrahim serta sangup pula menjadi peguam bela berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim melawan Saiful sedangkan Karpal Singh sendiri pernah membangkitkan isu homoseksual pada 22hb Oktober 1997 didalam satu majlis terbuka di Hotel Federal anjuran DAP serta di Dewan Parlimen yang mulia dengan menyatakan mempunyai bukti kegiatan liwat Anwar Ibrahim. Persoalayan mengapa Karpal Singh tidak mengemukakan bukti berkenaan kes liwat Anwar ini semasa perbicaraan di Mahkamah pada hari ini jika Karpal berpegang kepada kebenaran, maka yang jelas Karpal Singh ini bukanlah pemimpin yang berpegang kepada kebenaran hinggakan kes liwat ini pun sanggup menipu rakyat serta menjadi balaci kepada Anwar Ibrahim???

Disini dewakampung ingin membangkitkan 2 persoalan yang harus kita fikirkan bersama-sama:-
1. Adalah mustahil kepimpinan DAP tidak mengetahui kegiatan homoseksual Anwar Inrahim kerana Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) serta pengasas PAP percaya kegiatan Anwar Ibrahim ini dan sudah pastinya Kuan Yew akan memberitahu maklumat ini kepada puak-puaknya dalam DAP kerana dari segi hubungan akrab PAP dan DAP adalah sebuah parti yang sama matlamat perjuangannya (adik-beradik).
2. Mengapa Karpal Singh masih lagi sanggup menjadi Peguam Bela Anwar Ibrahim kerana 1997 Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Jadi disini satu kesimpulan yang boleh dibuat mungkin ada satu bentuk agenda yang cuba dilakukan oleh DAP atau PAP.....dan perkara ini harus disedari oleh puak-puak PAS kerana jangan jadi terlalu buta kayu akan permainan DAP ini.......fikirkan wahai Melayu Islam PAS

Friday, 19 November 2010

P.S Jenapala & Zaid Ibrahim ditipu PKR

Hari ini P.S Jenapala (Bekas Setiausaha Agung PKR) yang telah di pecat PKR telah cuba mendapat perisytiharaan dari mahkamah agar pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR tidak sah dan terbatal. P.S Jenapala telah memfailkan saman melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Semalam.

Selain itu, P.S Jenapala yang telah menjadi ahli PKR pada tahun 2008 yang merupakan ahli PKR seumur hidup dipecat dengan alasan mengkritik pimpinan parti hingga tidak melayakkanya bertanding menurut kenyataan media oleh Y.B Saifuddin bahawa P.S Jenapala telah dipecat pada Februari 2009. Jika alasan ini yang digunakan oleh PKR untuk memecat P.S Jenapala kerana mengkritik pimpinan parti adalah satu alasan yang tidak manusabah dan jelas membuktikan kepimpinan dalam PKR tidak mengamalkan konsep terbuka serta tidak demokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PKR. Jelas menunjukkan PKR hanya berbohong kepada masyarakat.

P.S Jenapala turut mendakwa, Wan Azizah (Presiden PKR) mempunyai niat untuk menghalang beliau dari bertanding jawatan Timbalan Presiden, jika kenyataan ini ada kewajarannya maka desas-desus yang menyatakan kepimpinan tertinggi PKR telah disusun oleh pihak-pihak tertentu ada kewajarannya baca disini. Ini sekali lagi bukti menunjukkan PKR tidak mengamalkan konsep terbuka dalam kepimpinan parti, jadi persoalanya bagaimana jika Anwar Ibrahim menjadi Perdama Menteri Malaysia habis semua jawatan dalam kerajaan akan dicatur oleh Anwar Ibrahim ini menunjukkan satu penindasan kepada rakyat.

P.S Jenapala telah menfailkan saman terhadap terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Selain itu P.S Jenapala turut menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah

Dewakampung melihat tindakan P.S Jenapala ada asasnya kerana selepas Zaid Ibrahim meninggalkan PKR juga disebabkan cara pengendalian pemilihan PKR yang tidak tulus dan demokrasi setelah 18 bulan menyertai PKR lihat ini. Zaid Ibrahim juga turut mendakwa telah disekat oleh Anwar Ibrahim untuk menghadiri satu program di Sabah.

Kesimpulannya bukan sebuah parti yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi dan selama ini laungan perjuangan PKR adalah penipuan dan pembohongan yang nyata kepada rakyat Malaysia.