Thursday, 30 May 2013

TANDA PUTERA harus di tanyang pada umum


Taniah kepada YB Datuk Seri Ahamad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi & Multimedia) kerana mahu pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membenarkan tayangan filem bercorak sejarah, fakta dan kenegaraan iaitu "TANDA PUTERA". Filem hasil karya Datin Paduka Shuhaimi Baba itu mempunyai satu nilai yang tinggi dari aspek kebenaran peristiwa 13hb Mei 1969 dimana mengesahkan usaha Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara di samping menerima ancaman dari komunis.
 
"Sejarah tetap sejarah dan dia tiada siapa harus melupakan sejarah" pihak FINAS harus dengan segera membenarkan tayangan filem "TANDA PUTERA" ini bertujuan agar rakyat Malaysia dapat menilai sejauh mana kesusahan kerajaan Barisan Nasional membangunkan negara hingga tahap sekarang dan bukan seperti sesetengah parti politik yang hanya tahu melaga-lagakan rakyat menjahamankan negara.
 
Sebagai ingatan bersama pihak FINAS juga wujud hasil dari kemakmuran pimpinan Kerajaan Barisan Nasional jadi apalah kitanya filem ini di tayangkan untuk tatapan umum. Agak melucukan apabila filem berasaskan kepada fakta dan hakikat di tahan untuk tatapan umum tetapi filem berunsur cinta, lawak, hantu, tahyul di benarkan pula hinggakan sesetengah filem ini mengajar rakyat untuk menjadi jahat????..... dimanakah kewarasan pengurusan tertinggi FINAS tidak lupa juga dengan barisan Kabinet dimanakah kewarasan anda dalam membuat keputusan ini???
 
Seharusnya pihak kerajaan Malaysia, negara dan rakyat berterima kasih kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana berjaya menghasilkan filem berunsur kenegaraan dan sejarah kerana filem seperti inilah yang akan menaikan semangat patriotism rakyat Malaysia yang semakin terhakis terutama di kalangan anak-anak muda. Lebih elok lagi filem "TANDA PUTERA" ini di tanyangkan kepada semua pelajar Matrikulasi, Asasi, Universiti, Institusi Perguruan agar mereka semua tahu menghargai negara yang di asaskan oleh Barisan Nasional 

Saturday, 25 May 2013

Asal Usul Melayu


Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa Melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ...ini.

Bangsa Melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan JAWA) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa Melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.
 

Turut Baca Disini

Thursday, 23 May 2013

Khalid Mohd Ismath Boleh Bagi SYURGA



Demi meraih sokongan di kalangan mahasiswa dan penyokong Pakatan Pembangkang, manusia bernama Khalid Mohd Ismath ini boleh menyatakan syurga dengan hanya bersama-sama berhimpun di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kebodohan seorang penyokong totok pembangkang, tidak salah lagi semua ini berpunca daripada ajaran Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sesuka hati mengeluarkan berbagai-bagai fatwa dan kenyataan yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan bukti boleh dilihat dari "tweet" yang di tulis oleh si mangkuk ayun ini.

Jika kita melihat penghinaan kepada agama Islam ini semakin meruncing apabila pemimpin yang mengaku Tok Guru @ Ulamaq ini yang sebenarnya memberi ruang kepada golongan KAFIR HARBI khasnya dari DAP mempermainkan Islam seperti tuntutan Bibble dalam Bahasa Melayu, Isu Kalimah Allah, Berceramah di Pentas Surau, Membenarkan Ayat Al-Quraan di baca oleh puak-puak kafir walaupun salah dari sebutan dan makna.

Kita harus melihat kembali adakah puak-puak KAFIR HARBI ini membenar dan mengajar PAS kalimah-kalimah dalan Bible suci atau lain-lain agama untuk  digunakan dalam kempen PAS untuk meraih sokong pengundi bukan Islam????...mohon difikirkan

APA YANG JELAS KHALID MOHD ISMATH HARUS BERTAUBAT KERANA ANDA MULA MAHU MENJADI TUHAN