Tuesday 10 November 2009

Perkahwinan Gurauan PAS

Dewakampung agak terperanjat dengan pendedahan YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci. lihat ini

Pujian dan tahniah harus diucapkan kepada YB Tuan Khalid Samad kerana mendedahkan serta berani membuat pengakuan demi menyelamatkan Islam, Jika ini yang diamalkan oleh kepimpinan PAS bagaimanakah orang bukan Islam hendak memeluk agama Islam?, dewakampung melihat cara ini telah menyebabkan orang bukan Islam tidak berminat untuk memeluk Islam jadi bagaimana agama Islam hendak disebarkan kepada orang bukan Islam?.

Dewakampung dengan tegas menyatakan perkahwinan adalah suci tetapi telah dijadikan gadaian politik oleh PAS. Sedarkah kepimpinan PAS bahawa perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut & penceraian perkara yang sangat dibenci oleh Allah SWT adakah perkara seasas ini tidak diketahui oleh pemimpin PAS yang rata-rata menyatakan diri mereka ulama. Pada PAS harga sebuah perkahwinan dan nilai kekeluargaan adalah terlalu murah serta boleh digadai dengan tukar parti sahaja...ini amat menjengkelkan kerana pekahwinan bukan barang gadaian. rujuk disini

Seharusnya amanah Allah SWT perlu dilaksana dengan baik & dibajai ikatan kasih sayang antara suami-isteri tetapi hanya kerakusan untuk menjadi ahli politik PAS sanggup mengkianati amanah itu hingga meminta setiap ahli PAS yang mahu bertanding perlu bai'ah atau sumpah menceraikan isteri yang tidak berdosa dengan talak tiga, dimanakah keadilan bagi kaum wanita yang merupakan Isteri yang sah.

Gambar menujukkan pelajar matrikulasi di Bai'ah
Dewakampung turut melihat bukan isteri sahaja yang menjadi mangsa tetapi pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan, Sabah turut menjalani Majlis Angkat Sumpah pimpinan baru Sahabat Al-'Irfaan oleh mahasiswa pro-pembangkang pada 15hb Mei 2009. Jadi apa yang jelas perkataan bai'ah @ sumpah adalah satu permainan pada PAS kerana ini diajar dari peringkat awal lagi....Jelas membuktikan PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

Dahulu kepimpinan PAS dengan lantang menuduh UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi PAS pada hari ini PAS sendiri tidak melaksanakan hukum Hudud lagi teruk hingga sanggup menjadikan perkahwinan yang suci satu jenaka politik...ingatlah Isteri itu amanah Allah SWT
Fikirkanlah dengan waras akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, adakah PAS ini layak untuk memerintah negara ini kerana jelas PAS telah mempergunakan agama demi meraih politik dan dewakampung amat percaya bila PAS/Partai Pembangkang memerintah Malaysia institusi kekeluargaan akan menjadi hancur kerana ia menjadi GADAIAN PARTI PAS.

1 comment:

Musafir Kelana said...

jangan cepat sangat melatah...siasat dulu...
baiah memang ada tetapi baiah talak 3 utk isteri tiada....
ingat..apa yg kita tulis ..ada sahamnya....

catatanhamba.blogspot.com