Saturday 20 February 2010

Haji Hadi, Patriotisme & Campurtangan

Dewakampung berasa amat hairan dengan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu campur tangan asing dalam kes perbicaraan liwatnya, dewakampung berpendapat Malaysia harus menjadi sebuah negara berdaulat serta tidak perlu campur tangan asing apatah lagi negara bukan Islam serta negara barat yang tidak mengetahui sistem perundangan negara ini atau mungkin persoalan liwat tiada masalah bagi mereka.

Jika Anwar Ibrahim terlupa, dengan merendah diri dewakampung ingatkan kepada Ketua Pembangkang berserta penyokongnya yang negara tersebut pernah menyatakan polis bagi mewakili USA di Asia Tenggara serta negara tersebut pernah bersama-sama menghantar tentera untuk menyerang Iraq (merupakan sebuah negara Islam) yang telah dijajah oleh kuasa besar.

Tindakan Haji Hadi yang membantah campur tangan kuasa asing dalam sistem perundangan Malaysia harus dipuji ini membuktikan Haji Hadi mempunyai semangat patriotisme yang baik berbanding dengan Anwar Ibrahim. Tetapi agak hairan mengapa Nik Aziz tidak menyatakan apa-apa pendirian berhubung isu campurtangan dan bantahan dari Ahli Parlimen Australia. lihat disini

Hairan dengan pemimpin pembangkang yang lain mengapa mereka tidak menyatakan pendirian??....adakah pemimpim pembangkang lain bersetuju dengan campurtangan asing dalam sistem pentadbiran negara Malaysia??...Dewakampung melihat tiada erti tolak ansur jika kedaulatan negara cuba dicampuri oleh orang asing dalam apa-apa urusan negara sama ada kecil atau besar. Apakah lagi tindakan menjemput campur tangan asing merupakan pengkhianatan paling besar kepada Malaysia. Jelas campur tangan barat yang bukan Islam seakan-akan mahu mencemarkan maruah pemimpin negara Islam seperti mana berlaku pada negara Islam yang lain.
Tindakan YAB Timbalan Perdana Menteri yang membidas merupakan satu langkah berani pemimpin negara yang bergitu sayang kepada negara Malaysia dan itulah sifat sebenar pemimpin negara Islam yang berani mempertahankan maruah negara bukan seperti Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP yang mahu legislatif mempengaruhi kedudukan hakim, ini jelas merosakan sistem negara Malaysia.baca ini

Sejarah dunia, membuktikan sesebuah negara akan dijajah jika campurtangan asing dijemput, antara negara yang telah dijajah seperti Iraq, Afganistan, Pakistan dan kejatuhan tamadun Melaka suatu ketika dahulu akibat dari campurtangan negara barat.

Mengapakah Anwar menafikan Saiful untuk mendapat keadilan...hingga sanggup menjemput campurtangan asing dalam kes liwat beliau,,,,jika Awar tidak bersalah mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan kes perbicaraan ini dan mengapa Anwar mahu menggugurkan kes liwat ini dan mengapa Anwar mahu melengahkan kes liwat dan mengapa Anwar mahu menangguh lagi pembicaraan kes liwat..dan ini persoalan yang berlegar-legar didalam kepala dewakampung?????

3 comments:

pandaqwer said...

ini yang di katakan PEMIMPIN...
although different ideology BUT when orang luo involved....no matter how, we must give flying kick to them...aku dengan yb hj hadi berbeza ideologi...BUT i'm salute his stand tuan guru haji hadi awang, you are born leader and love our country...
betul tuan haji hadi...kalau perkara2 buruk berlaku di negara kita, nauzibillah.....rocket akan menghala ke tempat yang selamat...nak lari ke bulan kita tak upaya...umno harapkan keris sahaja...anwar, raja petra boleh cabut kenapa CIFUT ni tak boleh pulak...wahai MELAYU ! kita tak ada tempat nak lari.....bersyukur lah dengan keadaan sekarang, kembalikan kuasa politik kita yang dah terlalu banyak terhakis

Mordecai Kucai said...

Hati busuk Anwar maukan kerosakan kepada negara kita.

Dia mau supaya negara kita kacau bilau dan kucar kacir.

Kononnya itu lah cara paling mudah untuk dia mendapat kuasa.

Keazamannya selari dengan keiginan Syaitan.

TOKGURU86 said...

Haji Hadi yg bagus, bila menyentuh soal ancaman negara dan agama, beliau lebih berfikiran rasional dalam mengeluarkan pendapat walaupun ideologi politik yg berbeda.. Harap rakyat dapat menilai sejauh mana Anwar alJuburi menjaga keamanan negara...