Saturday 27 March 2010

PKR Yakin Menang Hulu Selangor


Selepas kematian YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen PKR Kawasan Hulu Selangor) yang meninggal dunia akibat penyakit Barah Otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras. Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam. Apa yang ingin dewakampung katakan YB Fuziah Salleh (Pengarah Pilihan Raya PKR) dan (Ahli Parlimen PKR Kawasan Kuantan) mendakwa bahawa parti itu akan mempertahankan kerusi Parimen Hulu Selangor selepas mencapai kemenangan 23,177 undi berbanding dengan calon Barian Nasiona merangkap Timbalan Presiden MICmendapat 22,979undi. Kenyataan YB Fuziah Salleh ini bergitu yakin bahawa PKR akan menang di kawasan Parlimen Hulu Selangor. baca disini

Dewakampung ingatkan kepada seluruh kepimpinan PKR bahawa parti itu sedang menghadapi krisis kepimpinan dan permasalahan yang besar...pendedahan YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen BEBAS kawasan Kulim) merupakan bekas orang kuat kepada Penasihat PKR telah berjaya membuka mata rakyat bertapa busuknya permainan politik PKR, maka tidak hairanlah mengapa PKR bergitu gah dimata PAS & DAP kerana hebatnya percaturan politik kotor PKR.

Tindakan Zahrain yang melabelkan YB Zulkifli Nordin sebagai ''anjing salakan BN'' dan lain-lain, serta berniat membuat solat hajat terhadap YB Mohsin. Termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah ''dibayar oleh BN'' telah memperlihatkan akan apa yang didakwa oleh YB Zulkifli Nordin sebagai banyak kebenarannya. lihat disini.

Keadaan ini menunjukkan bahawa PKR tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang baik serta tidak boleh menerima teguran dari pihak luar..adakah ini gaya kepimpinan berkesan yang akan dapat membantu rakyat di hari kemudian...dewakampung ingin tegaskan dengan beberapa isu-isu yang menyentuh sensitiviti Agama Islam dan Bangsa Melayu adakah layak PKR memerintah negeri Selangor???

Antara isu-isu besar yang berlaku semasa PKR memerintah Negeri Selangor seperti:-
1. Isu Kuil di Shah Alam
2. Isu Babi di Sepang
3. Isu Kalimah Allah SWT oleh ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam.
4. Isu Arak juga di Shah Alam

Jelas membuktikan kesemua isu ini telah melanggari Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1).....jadi adakah PKR masih lagi boleh menyatakan dengan bangga bahawa mereka masih boleh menang di Selangor teruatamanya kawasan Parlimen Hulu Selangor????...dewakampung turut menyeru kepada bakal pengundi di Parlimen Hulu Selangor agar jangan mengadaikan masa depan anda kepada parti yang belum tentu menjaga hak rakyat

Salam Perubahan demi anak cucu

1 comment:

jitu said...

BRO...pembetulan...bukan dato seri zahrin yg labelkan YB ZUL...HARAP MAKLUM