YB Anwar Ibrahim pernah memfailkan permohonan qazaf pada 7hb Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Shamsuddin Hussain (Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan), untuk mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu. YB Anwar Ibrahim turut menuntut Datuk Che Mat Che Ali (Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) serta Senator Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai responden pertama hingga ketiga. baca disini
Jika menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki dan sekyen ini bagi melarang seseorang dituduh berzina.
Tetapi semalam pada 9hb Mac 2010, YB Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu merangkap peguam YB Anwar Ibrahim telah menarik diri dari mewakili YB Anwar Ibrahim), maka satu persoalan perlu difikirkan secara bersama dan kolektif mengapa Zulkifli Noordin menarik diri???? lihat ini.
Keadaan ini menunjukkan sedang berlaku permasalahan yang besar dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden PKR juga telah memecat YB Zulkifli Noordin dari PKR ini menunjukkan Presiden PKR gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin serta membuktikan parti ini bukan bersifat terbuka kerana tidak boleh menerima teguran dan kritikan dari anak-buah.
Dewakampung merasakan PKR sudah tidak releven untuk disokong apakah lagi mewakili suara orang Melayu kerana sejak memerintah di beberapa negeri PKR lebih mementingkan kuasa politik dan kepentingan parti dari mempertahankan agama Islam dan Bangsa Melayu hingga boleh bersetuju dengan DAP perkara yang menyentuh sensitiviti Agama Islam dan orang Melayu.
Dewakampung amat besetuju dengan cabaran YB Zulkifli Noordin yang mahu Presiden PKR menjelaskan pendiriannya kerana rakyat hendak tahu apa sebenarnya pendirian PKR.
Dewakampung masih menunggu episod seterusnya

No comments:
Post a Comment