Thursday 15 April 2010

PKR 1Isreal

YB Anwar Ibrahim pernah menuduh konsep 1Malaysia sama dengan 1Israel dan isu APCO juga turut melibatkan Israel, tetapi apa yang jelas hingga ke hari ini, dan saat ini Anwar Ibrahim masih lagi gagal menunjukkan bukti tuduhan yang telah beliau lemparkan kepada Kerajaan Pusat pimpinan YAB Perdana Menteri.


Jika diteliti kenyataan YB Anwar Ibrahim semasa di Parlimen beliau secara sedar @ tidak telah mendedahkan Pakatan Rakyat sebenarnya yang mengamalkan konsep 1Israel. Rakyat juga sedia maklum bahawa YB Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin USA dan Austarlia yang kedua-dua negara ini merupakan pelindung kepada negara Israel. Ini boleh dilihat apabila ahli Parlimen Australia menuntut Kerajaan Malaysia jangan meneruskan kes perbicaraan liwatnya....jadi apakah maksud disebalik tuntutan ini?????

Jika diteliti lagi, tujuan YB Anwar Ibrahim membangkitkan isu APCO adalah untuk menutup isu lain khas kes liwat beliau yang masih lagi belum dibicarakan di Mahkamah, punca perbicaraan ini belum bermula kerana Anwar Ibrahim kerap kali melakukan tundaan perbicaraan maka YB Anwar Ibrahim bersama-sama puak-puaknya memainkan isu APCO dengan meluas dikalangan rakyat Malaysia agar mewujudkan persepsi dikalangan rakyat bahawa Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri ada hubungan baik dengan negara Israel.

YB Anwar Ibrahim telah menuduh YAB Perdana Menteri & isteri mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Altantunya namun selepas 3 kali YAB Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza maka barulah fitnah tersebut tidak dijadikan isu oleh puak-puak pembangkang, maka isu APCO yang dikatakan berfungsi menasihati YAB Perdana Menteri berkenaan konsep 1Malaysia dijadikan modal untuk memburukkan Kerajaan Pimpinan YAB Perdana Menteri serta bagi meraih kemenangan di Parlimen Hulu Selangor.


YB Anwar Ibrahim juga masih tidak lagi melakukan sumpah berkenaan kes liwat beliau walaupun didesak oleh banyak pihak.....jadi satu kemuskilan minda berlaku dikalangan rakyat Malaysia bahawa YB Anwar Ibrahim suka menyembunyikan perkara ini????....jadi adakah YB Anwar Ibrahim ini layak menjadi Perdana Menteri.


Isu pembelian kapal selam dan jet yang merupakan perkara penting dalam mempertahankan negara dari diceroboh oleh pihak asing juga dijadikan bahan fitnah oleh pembangkang dan apabila rakyat mula sedar hasrat murni kerajaan, puak-puak pembangkang ini tidak lagi menjaja fitnah serta tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri.

APCO dikait dengan 1Israel bertujuan memperlihatkan Malaysia dengan isu keselamatan negara, serta YB Anwar Ibrahim dengan lantang menuduh terdapat perisikan Israel di Bukit Aman dan apabila Ketua Polis Negara meminta bukti dari YB Anwar Ibrahim hingga ke hari ini juga gagal mengemukkan bukti, ini merupakan satu pembohongan yang amat jelas. YB Anwar Ibrahim cuba memberi gambaran negara Malaysia sudah terancam dan tidak aman apabila PDRM dan JPM telah diresapi oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Isu liwat merupakan petanda hasrat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri akan berkecai jika disabitkan kesalahan maka akan berakhirlah politik Anwar dan beliau umpama sampah yang tiada nilainya.

Tuduhan Anwar Ibrahim hanya bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia, bukannya satu fakta yang kukuh. Jika dilihat gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri turut merangkumi nilai-nilai murni seperti tawaduk, rendah diri, intergriti dan sebagainya yang merupakan asas kukuh kepada gagasan 1Malaysia.


Apa yang nyata 1Malaysia adalah gagasan yang memupuk perpaduan dalam kepelbagaian, tetapi belum tentu terdapat dalam 1Israel dan apa yang nyata tuduhan Anwar Ibrahim lemparkan kepada Kerajaan dan YAB Perdana Menteri umpama perangai masyarakat Yahudi.

2 comments:

kerisLekuk7 said...

manusia gila kuasa tak kekal lama....cuma yang bimbang rakyat malaysia mudah termakan hasut

C L J said...

Dah banyak hamba catatkan mengenai punca yang membawa akibat menjadikan suasana kefahaman minda minda politik menjadi kalut kini. Siapa yang ada masa cuba cubalah tinjau tinjau ke link link di bawah. Cuba cubalah:

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/pemburu-perkasa-sedang-mencipta-jalan.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/dua-kekasih-pelbagai-rahsia.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/anuar-masih-nak-kembali-untuk-ke-puncak.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/gerakan-anuar-menipu-orang-ramai.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/baling-najis-sendiri-kronisma-nepotisma.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/siapa-anuar-berak-dan-baling-najis.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/siapa-dia-anuar.html

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/09/siapa-sebenarnya-anuar-bin-ibrahim.html