Tuesday 16 November 2010

Raja Petra vs Anwar Ibrahim

Hari ini satu lagi bentuk penipuan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim telah pecah apabila orang surahan dan kepercayaan beliau sendiri telah membuka segala penipuan dan perancangan Anwar Ibrahim terhadap pemimpin negara Islam. Raja Petra turut mendakwa Anwar Ibrahim adalah "kuda trojan' & pengancau semasa dalam UMNO. Kenyataan Raja Petra ada asasnya apabila banyak kepincangan dalam UMNO dimulakan oleh Anwar Ibrahim sendiri termasuk politik wang turut diajar semasa zaman Anwar Ibrahim (dalam UMNO) dan dapat dilihat pada hari ini Parti Keadilan Rakyat (merupakan parti anak-beranak Anwar Ibrahim sama seperti parti DAP) turut mengamalkan budaya penipuan dan politik wang lebih dasyat lagi siap susun calon yang dikehendaki bagi menjawat jawatan tertinggi dalam PKR hingga menyebabkan Zaid Ibrahim meninggalkan PKR.

Raja Petra turut mengaku bahawa beliau adalah manusia yang terlibat dalam melawan Datuk Suhaimi Kamaruddin pada 1982 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun pada masa itu Raja Petra merupakan bukan ahli UMNO baca disini. Berdasarkan kepada pengakuan ini jelas menujukkan bahawa Anwar Ibrahim merupakan kaki penipu dalam politik maka tidak hairanlah bahawa beliau selalu menipu demi kepentingan peribadinya.

Adalah amat yakin bahawa segala fitnah dan penipuan yang dilakukan oleh Raja Petra mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim, dan dewakampung amat yakin dan percaya perkara ini akan didedahkan oleh Raja Petra segala perancangan jahat Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa hingga menjadi Perdana Menteri kerana ia merupakan cita-cita Anwar Ibrahim.
Jelas perancangan Anwar Ibrahim ini telah merosakkan pemikiran umat Islam dan Bangsa Melayu dan Anwar Ibrahim termasuk anaknya YB Nurul Izzah sanggup memburukkan kepimpinan negara yang terdiri dari orang Islam. Ini merupakan satu lagi bukti bagaimana PKR sanggup menghina negara sendiri demi meraih kuasa politik .

Sukacita dewakampung menyatakan bahawa PKR adalah Parti Anak Beranak seperti mana Parti pembangkang yang lain

No comments: