Friday 19 November 2010

P.S Jenapala & Zaid Ibrahim ditipu PKR

Hari ini P.S Jenapala (Bekas Setiausaha Agung PKR) yang telah di pecat PKR telah cuba mendapat perisytiharaan dari mahkamah agar pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR tidak sah dan terbatal. P.S Jenapala telah memfailkan saman melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Semalam.

Selain itu, P.S Jenapala yang telah menjadi ahli PKR pada tahun 2008 yang merupakan ahli PKR seumur hidup dipecat dengan alasan mengkritik pimpinan parti hingga tidak melayakkanya bertanding menurut kenyataan media oleh Y.B Saifuddin bahawa P.S Jenapala telah dipecat pada Februari 2009. Jika alasan ini yang digunakan oleh PKR untuk memecat P.S Jenapala kerana mengkritik pimpinan parti adalah satu alasan yang tidak manusabah dan jelas membuktikan kepimpinan dalam PKR tidak mengamalkan konsep terbuka serta tidak demokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PKR. Jelas menunjukkan PKR hanya berbohong kepada masyarakat.

P.S Jenapala turut mendakwa, Wan Azizah (Presiden PKR) mempunyai niat untuk menghalang beliau dari bertanding jawatan Timbalan Presiden, jika kenyataan ini ada kewajarannya maka desas-desus yang menyatakan kepimpinan tertinggi PKR telah disusun oleh pihak-pihak tertentu ada kewajarannya baca disini. Ini sekali lagi bukti menunjukkan PKR tidak mengamalkan konsep terbuka dalam kepimpinan parti, jadi persoalanya bagaimana jika Anwar Ibrahim menjadi Perdama Menteri Malaysia habis semua jawatan dalam kerajaan akan dicatur oleh Anwar Ibrahim ini menunjukkan satu penindasan kepada rakyat.

P.S Jenapala telah menfailkan saman terhadap terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Selain itu P.S Jenapala turut menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah

Dewakampung melihat tindakan P.S Jenapala ada asasnya kerana selepas Zaid Ibrahim meninggalkan PKR juga disebabkan cara pengendalian pemilihan PKR yang tidak tulus dan demokrasi setelah 18 bulan menyertai PKR lihat ini. Zaid Ibrahim juga turut mendakwa telah disekat oleh Anwar Ibrahim untuk menghadiri satu program di Sabah.

Kesimpulannya bukan sebuah parti yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi dan selama ini laungan perjuangan PKR adalah penipuan dan pembohongan yang nyata kepada rakyat Malaysia.

4 comments:

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut

eM JaY... said...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

Azizan Yaakob said...

blog sdr telah dipaut ke http://anginria.blogspot.com. Jika tidak keberatan mohon pautan dilaman sdr. TQ

Anonymous said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujurat ayat 6... Moga Allah mengampunkn tuan.. bertaubatlah...