Tuesday, 23 August 2011

Pelajar Sekolah Agama Kelantan Lahir Anak Luar Nikah - Apa Kata Tok Guru


Taniah diucapkan kepada kepimpinan Ulama PAS kerana pelajarnya telah melahirkan anak luar nikah baca disini

Diharapkan Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz merenung keislaman yang selama ini di perjuangkan oleh PAS dan Adakah Slogan Kelantan Generasi Membina Al-Quraan Menjadi Kenyataan atau sekadar propaganda untuk terus berkuasa

Sunday, 21 August 2011

Ekonomi Kelantan Ke Mana Arahnya




Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengakui bahawa negeri Kelantan berada di tahap negeri termundur di Malaysia dan menyebabkan pembangunan ekonomi negeri tidak berada di tahap yang baik, perkara ini paling mudah dilihat apabila penduduk negeri Kelantan memohon sebanyak 6043 bantuan subsidi Projek Perumahan Kos Rendah yang di tanggung oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM 25 Ribu setiap buah rumah., sedangkan negeri Kelantan merupakan yang terbanyak menerima bantuan peruntukan perbelajaan dari Kerajaan Persekutuan walaupun di perintah oleh PAS kerana bantuan peruntukan adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat seperti termaktud dalam Perlembagaan. Harus di ingat Kerajaan Pusat wajid memberi batuan mengikut panjang jalan baca disini

Tetapi kehebatan Kerajaan Negeri Kelantan tidak di nafikan dengan meletakkan kegagalan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajan Barisan Nasional, ini merupakan teknik kotor yang selalu di mainkan oleh parti-parti pembangkang.


Adalah amat menghairankan apabila memerintah lebih 20 tahun PAS masih gagal membangun ekonomi penduduk hingga ramai anak-anak muda terpaksa keluar mencari pekerjaan di negeri lain...ini menunjukkan rakyat negeri Kelantan terpaksa menumpang di tempat orang lain demi mencari sesuap nasi.

Kegagalan PAS dalam membangunkan ekonomi negeri turut dapat dilihat semasa ceramah-ceramah politik anjuran mereka dengan setiap kali program ceramah..maka akan bergerak la karung-karung meminta duit derma daripada pendengar atas nama Islam....Keadaan ini amat menyedihkan dan amat hairan apabila Kepimpinan Kerajaan PAS tidak merasa malu dengan tindakan sedemikian

Tuesday, 16 August 2011

JAIS Tentang PAS Masih Berdiam

Taniah di ucapkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memainkan peranan penting dalam menangani isu Murtad ini, pujian harus diberikan kepada pihak pentadbiran agama Islam Selangor yang di Ketuai oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Tindakan menanggil 12 orang Islam untuk diberi penerangan harus di sokong oleh semua pihak terutamanya PAS yang mempunyai kerusi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Harus di ingat PAS merupakan sebuah parti yang didominasi oleh Bangsa Melayu dan Beragama Islam tetapi amat mendukacitakan hingga hari ini PAS masih tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu Murtad sedangkan ia berlaku di dalam negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang. rujuk ini

Lebih menyedihkan apabila kepimpinan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan memakai tudung menulis dengan menyalahkan tindakan JAIS menyerbu dengan menyatakan tidak berhemah dan tiada tolenrasi dengan agama lain, ini menunjukkan tahap kedangkalan pemikiran MPP UPM itu sendiri. Seharusnya kepimpinan mahasiswa bersama-sama menyokong tindakan JAIS ini seperti mana 45 badan NGO tanpa mengira pandangan politik, dan tulis ini mencerminkan kurang bijak sana seorang yang bergelar Majlis Perwakilan Pelajar..baca disini

Apa yang jelas PAS dan MPP UPM masih tidak lagi menyatakan secara jelas berkenaan isu ini iaitu sokong atau tentang tindakan JAIS

DEWAKAMPUNG MENYOKONG PENUH TINDAKAN JAIS...
ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!

Sunday, 14 August 2011

Nik Aziz Sokong DAP Larang Baca Al-Quraan


Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana Nik Aziz sentiasa bersetuju dan menyokong tindakan yang dibuat oleh DAP yang merupakan rakan kongsi paling rapat PAS dimana beliau sendiri bersetuju dengan tindakan DAP ini, sedangkan sebelum ini PAS sibuk memperjuangkan agama Islam. Mungkin Nik Aziz mempunyai asas yang kukuh untuk menyatakan demikian tetapi amat menghairankan kenapa Nik Aziz tidak melakukan perkara yang sama di negeri Kelantan terutama kawasan Siam?.

Jelas menunjukkan Nik Aziz menyokong tindakan DAP ini kerana mempunyai motif politik dan tidak hairan satu hari nanti Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura pada hari ini kerana kita perlu ingat bahawa Parti yang memerintah Pulau Pinang pada hari ini adalah sedara, sepupu dan sepapat DAP.



Saturday, 13 August 2011

Kelantan Gagal Bantu Bangunkan Rakyat


Hari ini membuktikan bahawa setelah Parti Islam SeMalaysia (PAS) memerintah negeri Kelantan selama lebih 20 tahun rakyat negeri Kelantan masih berada di tahap terendah dari sudut ekonomi ini kerana melalui permohonan untuk projek perumahan kos rendah yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) RM 25 Ribu sebagai subsidi dan pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM 150.00 sebulan selama 25 tahun. baca ini

Daripada 40 ribu permohonan, negeri Kelantan sahaja memohon sebanyak 6043 yang merupakan tertinggi di Malaysia. Data ini menunjukkan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan YAB Nik Aziz telah gagal membangunkan ekonomi ummah dan negara berkebajikan yang selama ini di canang oleh Parti PAS merupakan satu retorik dan pembohongan yang nyata.

Sekali lagi jelas menunjukkan kepimpinan PAS hanya tahu berkempen politik sahaja tanpa membangunkan negeri Kelantan dan jika di fikirkan kembali bagaimana hendak memerintah Malaysia yang sedang menuju negara maju menjelang 2020. Maka tidak hairanlah mengapa PAS pada hari ini hanya mengikut telunjuk DAP kerana jelas PAS GAGAL menjadikan negeri Kelantan makmur kerana majoriti rakyatnya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam

Thursday, 11 August 2011

Air Di Selangor Dimana Kesudahannaya????

Inilah Iklan Yang Dibazirkan Oleh Kerajaan Selangor


Isu Air di Selangor telah semakin rumit apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih kepimpinan negeri dengan menyatakan pelbagai dakwaan dan tuduhan kepada Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dengan mendakwa SPAN tidak konsisten dalam penyelarasan isu Air terutama di negeri Selangor. Lebih mendukacitakan lagi apabila Elizabeth Wong telah menuduh isu air itu adalah masuk lain. tengok video ini


Tetapi apa yang jelas Kerajaan Negeri Selangor cuba memanipulasi isu air ini dengan bertujuan menipu rakyat Selangor, lebih jelas lagi di naikan "singboard" dengan menyatakan air adalah Hak Rakyat hingga mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 600 Ribu untuk kerja-kerja penyenggaraan "singboard'' ini, Ini adalah satu kempen provokasi terhadap SPAN dan SYABAS bagi menutup pandangan rakyat di atas kelemahan kerajaan pimpinan Khalid untuk menguruskan air.


Cadangan Persatuan Air Malaysia (MWA) harus diambil maklum oleh pihak Khalid jika benar-benar mahu membantu rakyat kerana pihak SYABAS harus membentangkan data-data penggunaan air kepada rakyat Selangor untuk dinilai. baca ini



Khalid harus lebih tulus dalam menyelesaikan isu ini

Thursday, 4 August 2011

Puteri UMNO harus lebih Matang

Hari ini Ketua Pergerakan Puteri UMNO telah berbunyi dengan menyatakan perlu mengekalkan rentak perjuangan dan beliau turut menyatakan Puteri UMNO semakin matang setelah 10 tahun berjuang, kenyataan ini dikeluarkan semasa YB Rosnah menghadiri sambutan ulang tahun ke -10 Puteri UMNO. Dapat dilihat bahawa hasrat murni yang cuba di zahirkan oleh YB Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan ianya harus disahut oleh semua barisan kepimpinan Puteri sama ada di peringkat Pusat, Bahagian atau Cawangan demi kemenangan 2/3 dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. lihat disini

Adalah diharapkan setiap ahli Puteri UMNO mengambil iktibar dan panduan setiap apa yang diucapkan oleh Ketua Puteri UMNO, kerana apa yang berlaku pada hari ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahlinya lebih banyak "syok sendiri'' daripada mencapai matlamat parti serta menunaikan cita-cita YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden.

Setiap manusia dalam Puteri UMNO harus merapatkan kembali jurang dengan barisan Puteri terdahulu agar perjuangan Puteri itu sendiri menjadi lebih mantap. Disyorkan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO agar penceritaan sejarah bagaimana wujudnya Puteri sebagai sayap UMNO harus diwar-warkan agar ahli-ahli baru dalam Puteri UMNO semakin jelas dengan matlamat awal perjuangan dan bukannya terpesong sama sekali akibat ikutan ahli Puteri UMNO yang lama serta hanya memasuki Puteri UMNO untuk kepentingan diri.

Setiap manusia dalam Puteri UMNO juga harus merenung dan menginsafi diri di atas semua kelakuan serta perbuatan yang lepas sama ada dari segi penampilan, kesungguhan berkerja, disiplin dan keikhlasan berada dalam Puteri UMNO kerana apabila niat asal telah berubah maka akan pincanglah segala-galanya.

sekadar renungan bersama

Wednesday, 3 August 2011

Khalid Ibrahim Buang Pegawai Melayu

Kemelut kepimpinan Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah mencapai kemuncak apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono (Naib Canselor UNISEL) telah meletak jawatan dengan notis 24 jam berkuat kuasa berkuat hari ini iaitu 03hb Ogos 2011, Peletakkan jawatan ini dipercayai akibat tekanan politik oleh pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Tindakan beliau ini dilihat satu cara yang bijak melawan kezaliman serta menjadi BARUA kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim

Jelas menunjukkan pentadbiran Kerajaan PKR sanggup meletakkan pasir di perut nasi pegawai-pegawai penting dalam UNISEL seperti Rokmaa Mat (Pendaftar), Prof. Dr. Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan) & Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat). Lebih yang menyedihkan kesemua pegawai yang di buang oleh Khalid Ibrahim ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, ini merupakan satu penghinaan kepada profesional Melayu-Islam. baca ini

Sekali lagi menunjukkan cara pengendalian Khalid Ibrahim adalah amat zalim dan tanpa isu periksa dan apa yang jelas Kepimpinan PKR lebih teruk dari UMNO kerana sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah membuang mana-mana Pendaftar, Dekan dan Pengarah mana-mana Universiti di Malaysia walau pun mereka ini menyokong pembangkang.