Saturday 13 August 2011

Kelantan Gagal Bantu Bangunkan Rakyat


Hari ini membuktikan bahawa setelah Parti Islam SeMalaysia (PAS) memerintah negeri Kelantan selama lebih 20 tahun rakyat negeri Kelantan masih berada di tahap terendah dari sudut ekonomi ini kerana melalui permohonan untuk projek perumahan kos rendah yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) RM 25 Ribu sebagai subsidi dan pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM 150.00 sebulan selama 25 tahun. baca ini

Daripada 40 ribu permohonan, negeri Kelantan sahaja memohon sebanyak 6043 yang merupakan tertinggi di Malaysia. Data ini menunjukkan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan YAB Nik Aziz telah gagal membangunkan ekonomi ummah dan negara berkebajikan yang selama ini di canang oleh Parti PAS merupakan satu retorik dan pembohongan yang nyata.

Sekali lagi jelas menunjukkan kepimpinan PAS hanya tahu berkempen politik sahaja tanpa membangunkan negeri Kelantan dan jika di fikirkan kembali bagaimana hendak memerintah Malaysia yang sedang menuju negara maju menjelang 2020. Maka tidak hairanlah mengapa PAS pada hari ini hanya mengikut telunjuk DAP kerana jelas PAS GAGAL menjadikan negeri Kelantan makmur kerana majoriti rakyatnya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam

No comments: