Thursday, 4 August 2011

Puteri UMNO harus lebih Matang

Hari ini Ketua Pergerakan Puteri UMNO telah berbunyi dengan menyatakan perlu mengekalkan rentak perjuangan dan beliau turut menyatakan Puteri UMNO semakin matang setelah 10 tahun berjuang, kenyataan ini dikeluarkan semasa YB Rosnah menghadiri sambutan ulang tahun ke -10 Puteri UMNO. Dapat dilihat bahawa hasrat murni yang cuba di zahirkan oleh YB Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan ianya harus disahut oleh semua barisan kepimpinan Puteri sama ada di peringkat Pusat, Bahagian atau Cawangan demi kemenangan 2/3 dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. lihat disini

Adalah diharapkan setiap ahli Puteri UMNO mengambil iktibar dan panduan setiap apa yang diucapkan oleh Ketua Puteri UMNO, kerana apa yang berlaku pada hari ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahlinya lebih banyak "syok sendiri'' daripada mencapai matlamat parti serta menunaikan cita-cita YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden.

Setiap manusia dalam Puteri UMNO harus merapatkan kembali jurang dengan barisan Puteri terdahulu agar perjuangan Puteri itu sendiri menjadi lebih mantap. Disyorkan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO agar penceritaan sejarah bagaimana wujudnya Puteri sebagai sayap UMNO harus diwar-warkan agar ahli-ahli baru dalam Puteri UMNO semakin jelas dengan matlamat awal perjuangan dan bukannya terpesong sama sekali akibat ikutan ahli Puteri UMNO yang lama serta hanya memasuki Puteri UMNO untuk kepentingan diri.

Setiap manusia dalam Puteri UMNO juga harus merenung dan menginsafi diri di atas semua kelakuan serta perbuatan yang lepas sama ada dari segi penampilan, kesungguhan berkerja, disiplin dan keikhlasan berada dalam Puteri UMNO kerana apabila niat asal telah berubah maka akan pincanglah segala-galanya.

sekadar renungan bersama

2 comments:

Anonymous said...

hampeh................ puteri gedik lebih

Anonymous said...

kalau UMNO jatuh, slh satunya sebab PUTERI UMNO....bergerak hanya apabila digerakkan...rambut kaler2..mcm mana nak masuk kampung...baliklah pada perjuangan PUTERI UMNO yang asal..bukannya untuk dapat nama PUTERI dan dapat skandal or peluang nak menggedikkan diri...