Saturday 15 June 2013

Imej Negara Tercemar Di Merlion Park

 Inilah tempat Dimana Nama Negara MALAYSIA Telah Dicemari Oleg Para Pengkianat

Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain dan sentiasa menghargai hubungan baik dengan negara luar terutamanya rantau asia, pendirian ini amat tegas berikutan tindakan beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang mengemukakan petisyen kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur agar dapat meringankan hubungan terhadap 21 rakyat Malaysia yang melakukan kekecohan dengan cara berhimpun di Merlion Park Singapura pada 8 Mei dan 11 Mei sebagai bantahan terhadap keputusan pilihanraya yang lepas. 

Kerajaan Singapura turut memberikan amaran kepada Ahli-Ahli politik Malaysia jangan sesama sekali mecampuri urusan pentadbiran negara terbabit berhubung isu penahanan mereka yang berdemonstrasi di negara berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan ini adalah cara untuk mendapatkan bantuan ''pihak
asing'' dan mengharapkan turut mendapat layanan istimewa agar terus dapat mempolitikkan isu berkaitan undang-undang dan peraturan.

Apa yang jelas rakyat Malaysia yang berhimpun di Merlion Park telah mencemarkan imej negara di kaca dunia dan tidak keterlaluan mereka inilah sebenarnya pengkianat kepada negara. Seharusnya pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan tegas kepada semua mereka.

Adalah lebih elok mereka semua ini di dakwa dan di beri hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada semua pihak dan perkara seperti tidak akan berlaku lagi, dakwaan juga harus di buat kepada semua ahli politik yang turut memburukkan negara Malaysia di mata dunia dengan setiap pembohongan penipuan dari mereka

Thursday 13 June 2013

Nama Ayam Tapi BABI Sebenarnya


KAMPAR BISKUT AYAM...merupakan satu produk makanan dan wakil tunggal untuk produk makanan ini ialah CHOY HEONG YUEN beralamat 14, Jalan Khoo Chong San Housing Trust, Ipoh, Perak, Malaysia.

Dari segi konsep jualan dan pengeluaran produk ini tiada apa kesalahan pun tetapi salahnya adalah dari segi nama AYAM  itu sendiri dimana biskut ini kandungan/bahan utamanya adalah Daging BABI yang ternyata HARAM bagi umat Islam

Adalah amat menghairankan mengapa nama AYAM menjadi pilihan pengeluar???, adakah ini satu "method" jualan walau pun secara nyatanya Daging BABI adalah asas utama menghasilkan biskut ini.

Pada permukaan kulit produk ini ada tertulis perkataan " TIDAK DI-HALAL",  mengapakah mesti ada suku kata "DI" sedangkan pengeluar boleh sahaja menulis "TIDAK HALAL" maka di sini mula timbul satu keraguan dan persoalan. Kita sedia maklum bahawa jumlah rakyat Malaysia mula mencecah 28 juta dan Umat Islam merupakan komuniti terbesar.

Rasanya tidak keterlaluan menyatakan ini merupakan satu bentuk penipuan terhadap Umat Islam di Malaysia agar memakan Daging BABI kerana kita sedia maklum bahawa rata-rata Umat Islam tidak akan kandungan dan tidak keterlaluan juga perkataan AYAM itu sendiri akan menarik Umat Islam membeli produk haram ini.

Seharusnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku di bumi bernama Malaysia yang merupakan ISLAM sebagai agama PERSEKUTUAN.. Pihak berkuasa juga harus lebih peka dengan perkara seperti terutamanya Jabatan Agama Islam, KPDNKK dan tidak terkecuali Jabatan Kesihatan.

WALAU APA PUN ALASAN
AYAM TETAP AYAM
BABI TETAP BABI