HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 28 August 2008
Kenapa Sumpahan Dipermainkan
Hari ini saya berfikir dan merasa agak hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu dan pemimpin Melayu dimana sumpahan yang di buat diatas nama Allah SWT telah dituduh atau disamakan dengan sumpahan orang Kristian
Saya berfikir adakah dengan kalimah keramat Wallahi, Wabillahi, Watallahi boleh dipermainkan dan dipersoalkan dan amat menyedihkan apabila disamakan dengan sumpahan orang Kristian kerana seperti semua sedia maklum sumpahan tersebut jika ditipu akan di LAKNAT oleh Allah SWT hingga ke hari kiamat?
Saya masih berfikir kenapa seorang yang menyatakan dirinya ulamaq boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Adakah kenyataan tersebut hanya untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang bukan Islam atau kerana ingin merebut kuasa?
Saya terus berfikir kenapa jadi sedemikian rupa dan bagaimana dengan masa depan Orang Melayu dan Agama Islam apabila orang yang menyatakan dirinya Pemimpin, Ulamaq, Melayu dan Beragama Islam boleh menyatakan demikian.
Sedih amat menyedihkan kerana dalam Islam sumpahan adalah jalan terakhir untuk menyatakan kebenaran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sumpahan yang dibuat atas nama Allah ini telah dijadikan polimik politik dan bahan guruan sesetengah pemimpin pembangkang hingga seorang pemimpin pembangkang beragama Islam dan berketurunan Melayu telah mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat dengan menyatakan "BN gagal walaupun telah menyorok dibelakang punggung Saiful".
Saya masih lagi berfikir
Tuesday, 26 August 2008
KEPUTUSAN PERMATANG PAUH
Keputusan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh Pada 26hb Ogos 2008:
Anwar (PKR): 31,195 undi
Arif Shah (BN): 15,524 undi
Hanafi (AKIM): 92 undi
Anwar (PKR): 31,195 undi
Arif Shah (BN): 15,524 undi
Hanafi (AKIM): 92 undi
KONTRAK SOSIAL
Orang Melayu menerima kerakyatan berasaskan prinsip Jus Soli,
MANAKALA
Orang Bukan Melayu menerima:
Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Hak Keistimewaan Orang Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu
MANAKALA
Orang Bukan Melayu menerima:
Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Hak Keistimewaan Orang Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu
Wednesday, 13 August 2008
GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 2)
Gerakan mahasiswa adalah lebih baik jika mahasiswa sanggup turun ke kampung atau pendalaman dan memperjuangkan nasib masyarakat desa atau hak sebagai mahasiswa daripada memperjuangkan perkara yang tidak mempunyai satu kata putus yang jelas seperti penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pindaan 1975…. Secara peribadi saya tidak dapat membayangkan jika AUKU dihapuskan, saya masih tertanya-tanya negara manakah didunia ini tidak mempunyai undang-undang dan peraturan, rasa-rasanya tiada satu pun negara yang tidak mempunyai undang-undang bahkan negara komunis sekali pun. Apabila AUKU dihapuskan adakah mahasiswa kita sama seperti haiwan-haiwan dihutan yang tidak mempunyai peraturan… dalam membuat sesuatu gerakan jangalah kita merendahkan mertabat mahasiswa kerana perbuatan tersebut umpama “tepuk air didulang terkena muka sendiri”.
Gerakan mahasiswa akan menjadi cemerlang jika berlandaskan matlamat kepentingan bangsa dan negara, pemimpin mahasiswa adalah jentera dalam memperjuangkan hak warga kampus secara khusus dan hak masyarakat secara am. Gerakan mahasiswa tidak akan terjadi jika mempunyai pemimpin yang buta mata dan hatinya dalam melihat isu masyarakat, yang gila pada nama dan pemimpin yang hanya pandai melihat kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri, izinkan saya meminjam pepatah melayu “Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tidak nampak” apabila ini berlaku jelaslah gerakkan seperti ini harus ditolak tanpa kompromi kena ia lebih menjurus kepada ideologi-ideologi golongan minoriti tertentu serta akan memesongkan pemikiran mahasiswa itu sendiri.
Justeru itu, saya merasakan gerakan dalam kepimpinan mahasiswa perlulah mengggunakan ruang dan jalan yang betul dalam menyatakan idea, disetiap universiti dan kolej universiti ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditubuhkan dibawah seksyen 52 perlembagaan universiti maka gunakanlah ruang yang ada dengan mengadakan diskusi dan perbincangan dengan wakil-wakil MPP. Saya percaya setiap permasalahan ada jalan penyelesaian, kerajaan juga telah banyak memberi ruang dan peluang dalam menyatakan permasalahan sebagai contoh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbanlan Perdana Menteri, jadi sebagai mahasiswa yang terkenal dengan kecerdikan keintelektualan gunakanlah peluang yang diberi dalam menyampaikan resolusi dengan lebih jelas.
Boleh dikatakan golongan mahasiswa mewakili golongan muda yang engligtend ini disebabkan universiti sebagai gedung pendidikan tertinggi yang lengkap dan holistik, oleh yang demikian gerakkan mahasiswa juga mestilah signifikan dengan situasi semasa agar apa yang diperjuangkan mencapai objektif dan apa yang lebih penting ia bertunjangkan kebajikan mahasiswa. Saya juga melihat gerakan mahasiswa perlu berlandaskan pada peraturan dan undang-undang agar tidak menganggu-gugat ketenteraman negara, selain itu gerakan mahasiswa perlulah dalam team work yang mantap dan jangan ada ahli yang mementingkan diri kerana sikap seperti ini akan memusnahkan sesuatu gerakan yang dibina.
Gerakan mahasiswa juga perlulah mempunyai ahli-ahli proaktif, analitikal, kritis, soft skill dan konfiden kerana ia merupakan kompenan wajib dalam menghasilkan gerakan yang seimbang dari aspek rohani dean jasmani. Saya juga merasakan apabila adanya gerakan seperti ini, mahasiswa akan lebih dipandang mulia kerana mahasiswa merupakan sub terpenting dalam agenda pembangunan negara. Pemimpin mahasiswa mestilah mempunyai empowerment dalam melaksanakan gerakan supaya ia menjadi development of the people, by the people, for the people dan bukannya development off the people, buy the people, force the people (Dato’ Saifuddin Abdullah).
Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), kita dapat melihat kerajaan lebih menfokuskan kepada pembangunan modal insan (Human Capital) jadi gerakan mahasiswa perlu dipersembahkan dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan teknologi bagi menghadapi alaf baru dan bentuk penjajahan baru. Oleh demikian, sikap responsibility terhadap gerakan mahasiswa sangat dituntut…saya berpendapat gerakan mahasiswa perlu dijana oleh mereka yang mempunyai budaya high performance bukannya sekadar mengamalkan konsep “asal ada sudah”
Gerakan mahasiswa pada hari ini lebih mencabar berbanding zaman 70 an kerana isu-isu masyarakat lebih dashyat seperti masalah sosial dikalangan remaja, black metal, sumbang mahram, cetak rompak, ragut, budaya kuning dan lain-lain masalah sosial yang meruntuhkan jati diri masyarakat khususnya golongan remaja. Adalah eloknya jika gerakan mahasiswa bersama-sama pihak berwajib mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah melanda masyarakat pada masa kini. Jika ini berjaya dilakukan jelaslah apa yang dikatakan mahasiswa dilahirkan untuk masyarakat.
Kesimpulannya gerakan mahasiswa perlulah berlandaskan kepada perjuangan sebenar bukanya berlandaskan kepentingan peribadi, pemimpin mahasiswa perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi agar kepimpinan lebih berkualiti… saya merasakan gerakan mahasiswa perlu disatukan di bawah satu payung kerana ia dapat menunjukkan kekuatan sebenar mahasiswa, perumpamaan melayu ada menyatakan lidi kalau sebatang ia mudah patah, tetapi kalau di ikat dalam satu gengaman ia akan menjadi kuat. Sesungguhnya mahasiswa tidak mugkin akan hilang maruah dan harga diri jika peluang disediakan tidak dimanipulasi, semangat juang yang tinggi adalah perlu dalam melaksanakan gerakan mahsiswa kerana halangan akan sentiasa menanti dalam sesuatu perjuangan
Tuesday, 12 August 2008
GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 1)
Penerimaan islam secara meluas di nusantara pada abad ke-13 masihi telah mengubah nilai dalam masyarakat tempatan ia lebih membentuk semua aspek kehidupan termasuklah keagamaan, ibadat, sosial, politik, keilmuan dan semangat patrotisme di mana semua ini bermula dengan satu perkataan keramat iaitu GERAKAN.
Dalam era mellinium ini, gerakan mahasiswa perlu membentuk satu anjakan pradigma yang lebih kehadapan dan cuba mencipta gerakan yang akan menjadi ikon dan sejarah kepada generasi akan datang. Saya merasakan kita tidak perlu mengikuti cara Anuar Ibrahim dan rakan-rakan pada zaman 70 an seperti gerakan yang cuba dilakukan oleh oleh segelintir mahasiswa yang dengan megah menyatakan mereka mewakili suara mahasiswa.
Jika dilihat pada masa ini kita mempunyai masa tidak kurang 13 tahun untuk menuju kepada agenda besar negara iaitu wawasan 2020, kita sebagai mahasiswa seharusnya lebih kompetatif dalam membentuk satu gerakan yang boleh menunujukkan keunggulan mahasiswa kepada masyarakat.
Masyarakat sebenarnya inginkan satu kelainan dari mahasiswa, masyarakat juga telah meletakkan satu harapan yang tinggi kepada mahasiswa. Siapa itu masyarakat??... Masyarakat terdiri daripada ibu, ayah, adik-beradik, saudara, pemimpin, pensyarah dan semua umat manusia yang lahir di bumi Malaysia. Gerakan mahasiswa akan menjadi lebih proaktif apabila mahasiswa itu sendiri mengamalkan konsep rundingan, kerana rundingan adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan satu permasalahan.
Saya melihat gerakan mahasiswa perlu lebih saintifik dan mempunyai metodologi-metodologi agar gerakan mahasiswa ini dapat memberikan impak kepada seluruh mahasiswa di Malaysia, kerana mahasiswa ini bakal menentukan maju atau mundurnya negara ini. Nilai-nilai mulia perlu diterapkan dan dipertimgkatkan agar menjadi manusia yang menyumbang kepada pembentukkan masyarakat.
Maka, gerakan mahasiswa perlulah selari dengan aspirasi universiti dan negara. Gerakan mahasiswa juga mestilah lebih realistik seperti mengadakan program bakti siswa, lawatan ke rumah anak yatim, mengutip dana mendirikan masjid dan lain-lain program yang boleh menunjukkan keperihatinan mahasiswa kepada golongan terpinggir. Janganlah kita menjadi seperti lembu yang ditarik hidungnya, apabila orang suruh berdemonstrasi, kita berdemonstrasi.. apabila orang suruh kita menjerit, kita menjerit… apabila orang suruh berarak, kita berarak…apabila orang suruh membawa keranda, kita bawa keranda, inikah gerakan mahasiswa yang perlu diikuti. Jika ini bentuk gerakan mahasiswa, sahlah mahasiswa ini yang akan menjatuhkan martabat kemahasiswaan, sejarah dengan jelas telah membuktikan empayar Rom yang gah telah runtuh apabila berlaku kepincangan dalam masyarakat.
Mahasiswa merupakan aset negara, kerajaan teleh melabur berjuta-juta malah tidak terhintung banyaknya dalam membangunkan mahasiswa. Saya merasakan tidak ada negara seperti Malaysia yang melabur bergitu banyak dalam pembangunan manusia terutamanya sektor pendidikan ia bertujuan agar Malaysia mempunyai masyarakat yang berilmu kerana hanya dengan ilmu seseorang itu dapat menentukan baik atau buruknya sesuatu perkara. Y.A.B Perdana Menteri pernah menyatakan seseorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai personaliti yang baik, tidak akan mendatangkan manfaat kepada mana-mana organisasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)