Wednesday 19 August 2009

Siapa Nik Aziz Boleh Tentukan Seseorang Masuk Syurga????

Nik Aziz perlu lebih bertanggungjawab diatas setiap kenyataan

Nik Aziz telah pun menjadi "tuhan" kerana boleh menentukan seseorang itu memasuk syurga atau pun tidak mungkin ini antara kelebihan yang ada apabila menjadi (Mursyidul Am PAS). Nik Aziz turut menyatakan ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga. Jelas dewakampung berpendapat kenyataan Nik Aziz ini amat keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama serta telah menjatuhkan imej ulama Islam yang selama ini dihormati.

Dewakampung melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ini kerana untuk meraih undi dan menakutkan masyarakat Melayu Beragama Islam, sedarkah Nik Aziz bahawa beliau telah pun mempermainkan agama Islam yang suci ini dan siapa Nik Aziz untuk meletakan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak??.baca disini

Kenyataan rasional dari Ketua Dewan Ulama PAS...terdapat pencangahan dalam Parti PAS!!!!

Jika dilihat dengan jelas Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS), lebih rasional dan bercakap berdasarkan kenyataan serta tidak menjatuhkan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak, ini menunjukkan Nik Aziz telah semakin tua dan meracau dengan apa yang diucapakan dan taniah kepada Datuk Harun Taib kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang baik sebab sanggup membetulkan kenyataan yang boleh merosakkan akidah umat Islam yang lahir dari mulut ulama bernama Nik Aziz.

Ada dua persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada Tuan Guru Nik Aziz apa beza penyokong UMNO dengan ahli UMNO, apabila Nik Aziz menyatakan kenyataan sedemikian. Persoalan kedua pula siapa Nik Aziz boleh mengukur iman seseorang.

Dewakampung bukan orang yang layak untuk bercakap berkenaan agama secara ditel walaupun mengetahui tetapi jika pemimpin UMNO itu tidak beriman dan tidak mengikut landasan ajaran Islam kita lihatlah perlaksanaan fardhu kifayah yang telah dilaksanakan, sebab perlaksanaan fardhu kiyafah adalah wajid ke atas pemimpin.

Dewakampung berharap agar Allah SWT menunjukkan jalan kebenaran dan kepada Nik Aziz jangan mengelirukan umat Islam dengan kenyataan yang boleh merosakan umat semata-mata kepentingan politik.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Nik Aziz telah menambahkan ilmunya melalui Anwar Aljuburi, sebab itu dia bercakap mengikut selera Anwar Aljuburi.....

Nik Aziz sudah takut sama Anwar Aljuburi...takut pengaruh Anwar Aljuburi akan menumbangkan dia dari jawatan MB di Kelantan dan kalau pakatan ronmpak ni berjaya kuasai Malaysia, dia nak jadi Presiden Malaysia...

Sebab itu dia cakap merapu je.... nak kata nyanyuk masik lagi nak berkuasa. Dia nak jadi macam Ayotullah Khomini, macam egara Iran, itulah matlamat PAS sebenarnya...

kerisLekuk7 said...

sesuatu yang sukar dijangkakan...tapi sudah boleh diramalkan...
bila politik di campur dengan soal agama...boleh hilang punca untuk mendapat sesuatu untuk kepentingan diri...minta jauh dari terpesong...
mudah-mudahan jangan ada generasi yang terkini dan akan datang terlalu taksub dengan 'fatwa' begitu.

FFCrew Team said...

Nik Aziz... nik aziz
saya juga mengupas tajuk yang sama
dan beberapa persoalan

http://impiangenerasi.blogspot.com