Sunday, 23 August 2009

Tindakan YB Mohd Radzhi, Bukti Ada Tidak Kena Dengan PKR

Taniah YB kerana telah menyelamatkan Umat Melayu, Agama Islam & Negara Malaysia

Hari ini satu lagi tamparan hebat buat Pakatan Pembangkang terutamanya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila YB Mohd Radzhi Salleh (ADUN PKR & Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah) telah mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat BEBAS. Difahamkan juga seramai 200 ahli PKR Padang Serai telah keluar dari PKR kerana sudah tidak mempercayai perjuangan PKR yang dipolopori Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti lihat disini.

Kejadian hari ini menunjukkan rakyat sudah mula muak dengan perjuangan PKR yang berjuang demi kepentingan individu sahaja bukannya rakyat..Ini juga merupakan isyarat jelas kepada penduduk Permatang Pasir agar melihat setiap keadaan dan situasi yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menurunkan undi. Jelas apabila orang kanan PKR sendiri keluar dari parti ini menujukkan terdapat kepincangan dalam PKR serta Pakatan Pembangkang yang memerintah seperti Isu Arak, Orang UMNO tidak masuk syurga, Hutang Menteri Besar Selangor yang mencecah jutaan ringgit, isu Babi di Sepang, derhaka kepada DYMM Sultan Perak, menampar anggota Polis & lain-lain isu yang boleh menggugat kestabilan negara Malaysia.

Dengar pengumuman YB Mohd Radzhi Salleh ini maka di negeri Kedah telah berlaku majoriti mudah dengan Pakatan Pembangkang ada 21 kerusi, 14 BN dan 1 BEBAS. Jelas menunjukkan negeri Kedah pada kala ini ditadbir sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang lemah. Rakyat juga telah mula sedar akan tipu daya PKR yang selama ini membohongi rakyat demi meraih kuasa politik.

Dewakampung berpendapat pemimpin & ahli PKR harus bermuhasabah diri dan merenung kembali perjuangan parti itu yang selama ini telah menyebabkan keadaan negara huru-hara hinggakan kontrak sosial, kedaulatan raja-raja Melayu, kesucian agama Islam, Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputra Sabah & Bumiputra Sarawak dipertikaikan kerena apa yang berlaku pada hari ini tidak pernh berlaku sepanjang 52 tahun Malaysia merdeka (termasuk 31 ogos 2009).

Seperti biasa berita keluar dari PKR akan dimanipulasi media Pakatan Pembangkang dengan mengatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai UMNO, manakala Zulkfli Yahaya (Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Kedah) mendakwa dalam HarakahDaily.net "Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat'' baca disini. Dewakampung berpendapat jika YB Mohd Radzi Salleh hendak meninggalkan PKR & Pakatan Pembangkang beliau tidak perlu mengugut dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk meninggalkan PKR & Pakatan Pembangkang, maka alasan yang dikemukan oleh Pakatan Pembangkang menunjukkan tahap keintelektual yang amat dangkal serta boleh pula menunding jari dengan menyatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah gagal, persoalan disini kenapa sebelum ini tidak menyatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah GAGAL??????.

Dewakampung menyeru agar rakyat Permatang Pasir jangan memperjudikan nasib anak cucu-cicit kita manakala kepada PKR & Pakatan Pembangkang jangan mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan muak untuk didengar rakyat diatas kejahilan anda sendiri.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Sebenarnya banyak yang tidak kena dengan PKR, orang Melayu dan kaum lain juga hanya menunggu masa untuk meninggalkan PKR..... Allah Hu Akhbar....

UMNO-BN menang di Permatang Pasir, insyaAllah.....

kerisLekuk7 said...

biasa la kejadian macam ini, bila berlaku lompat parti sama ada BN ke Pembakang mereka juga 'bercakap' sama juga bila pembakang melompat ke BN mereka juga 'bercakap'..sememangnya begitu sikap -sikap yang wujud dalam diri atau yang telah sebati dalam Pakatan Pembakang.perkara begini tidak mengejutkan keris.