Monday, 17 August 2009

Wong Chuan How Pelakon Terbaik

Satu lagi lakonan sempati yang berjaya dilakukan oleh Wong Chuan How (Pembantu Khas kepada seorang daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor), dengan menuduh ditolak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga terjatuh dan terpaksa mengambil rawatan perubatan. Dewakampung merasakan Wong tidak memerlukan rawatan perubatan jika tidak melakukan provokasi kepada pegawai SPRM.

Dewakampung merasakan agak hairan mengapakah Wong enggap memberikan kerjasama kepada pegawai SPRM berhubung dengan siasatan bantuan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek lihat disini. Jika Wong tidak terbabit beliau seharusnya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak perlu cuba melarikan diri ketika memasuki kenderaan SPRM.

Provokasi yang dilakukan oleh Wong hingga menyebabkan SPRM dituduh sebagai gestapo

Dewakampung berpendapat apa yang cuba dilakukan oleh Wong adalah satu lakonan bagi menimbulkan isu dalam negara serta mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah yang dihadapi oleh parti pembangkang terutamanya di Selangor dengan cara ini rakyat akan memberikan tumpuan kepada isu ini serta akan menuduh SPRM & kerajaan tidak adil. Sukacita diingatkan kepada Wong dan DAP jangan memperbodohkan rakyat kerana rakyat sudah muak dengan lakonan yang ditunjukkan DAP.

Adakah ini cara pembangkang memerintah, apabila keputusan yang dibuat tidak memihak kepada mereka maka akan dituduh pula SPRM dan Kerajaan tidak adil tetapi apabila keputusan yang dibuat memihak kepada mereka maka dikatakan pula kerajaan adil..jika berginilah cara pembangkang memerintah nescaya akan lingkup negara ini kerana pemimpin dalam pakatan pembangkang akan memerintah mengikut selera mereka bukan mengikut peraturan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Seharusnya SPRM terus mejalankan sissatan kepada Wong kerana rakyat ingin tahu adakah Wong ini telah melakukan salah guna kuasa...dan SPRM jangan takut dengan mangkuk-ayun seperti ini

HIDUP SPRM

baLdi MeraH said...

http://www.youtube.com/watch?v=PuhlCsuyXrQ




gobalakrishnan tampar polis