Friday 27 November 2009

Hairan PAS Bangkang Wang Ehsan Kepada Rakyat Kelantan


Isu bantuan wang ehsan untuk rakyat negeri Kelantan terus dipolitikan oleh kepimpinan PAS jika dilihat dalam HarakahDaily Dato’Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan) telah mula menuduh YAB Timbalan Perdana Menteri sebagi seorang yang melanggar dan tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen. Dewakampung berasa agak lucu dengan kenyataan dari orang kuat PAS ini. lihat disini

Adalah amat menghairankan apabila Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS bersungguh-sungguh agar pemberian wang Ehsan itu melalui Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS serta menentang kaedah penyaluran cadangan Kerajaan Pusat yang mahu memberi secara terus kepada rakyat negeri Kelantan. Dewakampung amat percaya matlamat Kerajaan Pusat membantu rakyat Kelantan secara sama rata melalui pemberian wang ehsan akan gagal sekiranya disalurkan terus kepada kerajaan negeri Kelantan.

Satu lagi kemuskilan yang berlegar didalam kepala dewakampung ialah mengapa pemimpin Parti PAS mahu membawa isu pemberian wang ehsan ke mahkamah mungkin ada agenda yang tersembunyi dan apa yang jelas kepimpinan PAS telah mula dan sedang bercerita dipentas-pentas PAS berkenaan wang ehsan ini. Maka pengikut PAS yang agak sedikit akalnya mula menyokong serta percaya percakapan pemimpin mereka. tanpa melihat fakta...satu persoalan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang ingin dewakampung kemukakan..berapa jumlah simpanan minyak yang Petronas ambil dari negeri Kelantan? dan berapa pula pelaburan Petronas di luar negara??..seingat dewakampung penjanaan Petronas pada hari ini adalah dari pelaburan & cari gali diluar negara..bukan negeri Kelantan.......

Adakah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS mahukan wang ehsan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri @ tujuan politik parti PAS kerana kenyataan Datuk Fatmi Mohd Salleh dalam utusanonline ada kebenarannya dimana beliau "mendakwa, antara eset kerajaan yang “dijual” termasuk Hotel Perdana, Tanah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Kampung Putih, Kota Baharu Trade Centre, Bangunan Arkib MPKB dan sebelum ini Bangunan Permodalan Kelantan Berhad". baca disini

1 comment:

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!