Tuesday 3 November 2009

Profesor menyatakan UMNO Pengumpul Sampah!!!!!

Didalam Laman Web Rasmi PAS iaitu HarakahDaily.Net seorang profesor undang-undang yang menyatakan pelawan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kepada Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mamasuki UMNO umpama pengumpul sampah dan barang lusuh seperti mana berlaku di Perak, Kedah dan waktu ini di Selangor. rujuk disini

Dewakampung melihat seharusnya profesor berkenaan tidak sepatutnya menyatakan demikian kerana sebagai seorang cendiakawan beliau seharusnya tidak mencampuri urusan politik serta haruslah bersikap rasional jika mahu mengeluarkan kenyataan setaraf dengan kelayakkan beliau sebagai profesor. Apabila diteliti, itu adalah hak Khir Toyo untuk menawarkan atau tidak sesiapa sahaja untuk memasuki UMNO/BN. Disini adakah Profesor ini merasa cemburu apabila beliau tidak dipelawa memasuki UMNO.

Sedarkah Profesor berkenaan jawatan yang diterima sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta pencapaian akademi hingga ke tahap PHD adalah hasil diperjuangan UMNO/BN yang memikirkan nasib akan rakyatnya, bukan niat dewakampung untuk mempertikaikan Profesor berkenaan tetapi kenyataan yang dilemparkan oleh Profesor ini seolah-olah menunjukkan beliau bukan seorang yang tahu mengenang budi. Tindakan Profesor ini umpama meludah ke atas keluarga sendiri anologi yang ingin dewakampung berikan "jika si ayah telah membesar serta memberi kita didikan yang sempurna tetapi apabila kita dewasa & berjaya kita menghina pula ayah kita, bukakah itu satu sikap yang kurang ajar???? dan jika ini berlaku harus ditanam" semasa kecil lagi.


Kenyataan sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh, menunjukkan beliau sendiri adalah sampah dan bahan lusuh. Sukacita dinyatakan apabila bercakap lihat dahulu diri sendiri..........

5 comments:

Anonymous said...

Di dalam permainan politik,kadang2 nak menyerang,kita gunakan pihak ketiga supaya tangan kita baling batu nak nampak.

contohnya
Kumpulan Erdogan hendak menyerang ulama,tapi takkan nak serang terang2.
Tiba2 muncul Prof Aziz keluarkan kenyataan beliau.
Terus digunakan oleh Nik Aziz dalam cubaan gulingkan ulama2nya sendiri.

Serangan2 menggunakan pihak luar akan berterusan dalam PAS.BN juga kena berjaga2.

So awas sikit dengan Prof ni.

Anonymous said...

Komen tidak boleh dibaca.
Harap boleh betulkan warna text.

YANG GAMBI said...

Salam bro, cuba tanya Aziz Bari, PKR lebih dari 'tong sampah', bermula dengan Anwar penjenayah, Chua Jui Meng dan Subramaniam, lebih dari sampah yang dikumpulkan PKR.... dia ingat dia profesor kerjanya nak komen parti Melayu, agaknya dialah salah seorang barua Yahudi & PKM kot.... tapi macam mana boleh kerja kat UIA ya.....

Anonymous said...

inilah dia seorang profesor yg telah mati hati dan jiwanya kepada bangsanya sendiri..layak digelar profesor sambal belacan...penyedap kpd makanan...!!!

Musafir Kelana said...

Sedarkah Profesor berkenaan jawatan yang diterima sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta pencapaian akademi hingga ke tahap PHD adalah hasil diperjuangan UMNO/BN yang memikirkan nasib akan rakyatnya, bukan niat dewakampung untuk mempertikaikan Profesor berkenaan tetapi kenyataan yang dilemparkan oleh Profesor ini seolah-olah menunjukkan beliau bukan seorang yang tahu mengenang budi. Tindakan Profesor ini umpama meludah ke atas keluarga sendiri anologi yang ingin dewakampung berikan "jika si ayah telah membesar serta memberi kita didikan yang sempurna tetapi apabila kita dewasa & berjaya kita menghina pula ayah kita, bukakah itu satu sikap yang kurang ajar???? dan jika ini berlaku harus ditanam" semasa kecil lagi.

jangan taksub sangat!