Monday 28 December 2009

PAS & Pandangan Akar Umbi

Anak Kecil pernah menjadi mangsa kerakusan PAS memerintah di Terengganu

Pada 27hb Disember 2009, penyokong PAS telah mula sedar akan bertapa hinanya parti yang selama ini memperjuangkan Islam telah menjadi tunggangan parti DAP yang selama ini menolak penubuhan negara Islam serta meniadi pak turut kepada Anwar Ibrahim.

Dewakampung melihat ini merupakan isyarat pengundi kepada PAS yang selama ini terlalu mengikut rentak pakatan pembangkang hingga sanggup membiarkan kelompok kafir menghina agama Islam dengan membaca ayat suci Al-Quraan yang secara jelas apabila kafir ini membaca kalima suci jelas terpesong dari maksud sebenar....bukankah ini satu perhinaan kepada agama Islam.

Perhimpunan pada jam 11.30 pagi dihadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Selangor adalah petunjuk PAS selama ini gagal melaksanakan tugas sebagai Parti yang memperjuangakan agama Islam serta menjaga Bangsa Melayu.

Antara kain rentah yang ditulis oleh peyokong PAS semasa demonstrasi berkenaan ialah:-
1. Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat.
3. Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat.
4. Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar.
5. PAS Bukan Alat Parti Lain

Perhimpunan ini menujukkan PAS serta kerajaan Pakatan Pembangkang telah gagal menjaga kebajikan serta kepentingan Orang Melayu dan Agama Islam seperti isu Babi, Isu Kuil, Isu Arak, Isu Duit Zakat dan Kalimah Allah, dimana jika kita melihat kesemua isu-isu yang berlaku semasa pemerintahan PAS dan Kerajaan Pakatan Pembangkang mencemarkan Agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan bagi negara Malaysia seperti termaktud dalam Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian persekutuan. baca disini

Adakah slogan ini benar atau satu retorik politik PAS??????

Seperti kebiasaan pihak PAS akan membuat penafian melalui orang kanan parti tersebut iaitu Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) menyatakan dengan angkuhnya bahawa kumpulan tersebut bukan anggota Parti. lihat penafian ini..dewakampung melihat mengapa bergitu mudah parti PAS menafikan mereka itu penyokong PAS tetapi apabila tiba hari pengundian mereka inilah yang parti PAS guna untuk berkempen, adakah ini nilai yang ada kepada pengikut yang selama ini memperjuangkan PAS, jelas membuktikan PAS sebuah parti yang hanya tahu menjaga kebajikan kroninya sahaja seperti Tuan Guru Nik Aziz menjaga Anak menantu dalam syarikat Menteri Besar Negeri Kelantan....

PAS Selangor melalui Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd menyatakan akan mengambil tindakan kepada kumpulan perhimpunan berkenaan serta menyatakan tindakan mendesak PAS keluar Pakatan Pembangkang adalah menyalahi prinsip Parti dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. Kenyataan ini sekali lagi membuktikan bahawa Parti PAS tidak boleh menerima pandangan dan kritikan dari akar umbi serta sanggup untuk mengambil tindakan kepada penyokong yang bergitu sayang kepada parti serta kepimpinan PAS...adakah ini balasan dari parti PAS????
Adakah ini caranya PAS mentadbir.......

1 comment:

Anonymous said...

PAS pun adalah kelemahan tersendiri tetapi malangnya tidak mampu mengaku kelemahan dalam diri sendiri. PAS pandai cakap sebab menunai haji & umrah tiap tiap tahun tapi apabila masuk gelanggang ceramah peragai serupa anjing suka memfitnah, menghasut, mencarut demi inginkan kuasa politik