Friday 28 August 2009

Taniah Datuk Seri Idris Jala Pantau KPI Menteri


Taniah diucapkan kepada Datuk Seri Idris Jala kerana telah dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu badan baru ditubuhkan bagi memantau dan mengawal pelaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dan menteri baca disini

Dewakampung melihat perlantikan Datuk Seri Idris Jala adalah satu perlantikan yang tepat berdasarkan keupayaan beliau dan penubuhan PEMANDU pula menunjukkan Najib serta kerajaan amat komited dengan KPI.

Tindakan Najib ini merupakan satu demensi baru bagi memantapkan negara menuju era negara maju pada 2020 dan ia wajar disokong. Dewakampung berpendapat dengan wujudnya PEMANDU yang bertanggungjawab memantau dan menilai KPI peringkat nasional dan menteri, maka tiada alasan lagi Menteri dan anggota Kabinet yang dilantik untuk tidak buat kerja.

Dewakampung turut percaya slogan ''Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'' akan terlaksana dengan jaya dan kepada Datuk Seri Idris Jala selamat menjalankan tugas demi negara tercinta.

Sunday 23 August 2009

Tindakan YB Mohd Radzhi, Bukti Ada Tidak Kena Dengan PKR

Taniah YB kerana telah menyelamatkan Umat Melayu, Agama Islam & Negara Malaysia

Hari ini satu lagi tamparan hebat buat Pakatan Pembangkang terutamanya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila YB Mohd Radzhi Salleh (ADUN PKR & Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah) telah mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat BEBAS. Difahamkan juga seramai 200 ahli PKR Padang Serai telah keluar dari PKR kerana sudah tidak mempercayai perjuangan PKR yang dipolopori Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti lihat disini.

Kejadian hari ini menunjukkan rakyat sudah mula muak dengan perjuangan PKR yang berjuang demi kepentingan individu sahaja bukannya rakyat..Ini juga merupakan isyarat jelas kepada penduduk Permatang Pasir agar melihat setiap keadaan dan situasi yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor sebelum menurunkan undi. Jelas apabila orang kanan PKR sendiri keluar dari parti ini menujukkan terdapat kepincangan dalam PKR serta Pakatan Pembangkang yang memerintah seperti Isu Arak, Orang UMNO tidak masuk syurga, Hutang Menteri Besar Selangor yang mencecah jutaan ringgit, isu Babi di Sepang, derhaka kepada DYMM Sultan Perak, menampar anggota Polis & lain-lain isu yang boleh menggugat kestabilan negara Malaysia.

Dengar pengumuman YB Mohd Radzhi Salleh ini maka di negeri Kedah telah berlaku majoriti mudah dengan Pakatan Pembangkang ada 21 kerusi, 14 BN dan 1 BEBAS. Jelas menunjukkan negeri Kedah pada kala ini ditadbir sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang lemah. Rakyat juga telah mula sedar akan tipu daya PKR yang selama ini membohongi rakyat demi meraih kuasa politik.

Dewakampung berpendapat pemimpin & ahli PKR harus bermuhasabah diri dan merenung kembali perjuangan parti itu yang selama ini telah menyebabkan keadaan negara huru-hara hinggakan kontrak sosial, kedaulatan raja-raja Melayu, kesucian agama Islam, Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputra Sabah & Bumiputra Sarawak dipertikaikan kerena apa yang berlaku pada hari ini tidak pernh berlaku sepanjang 52 tahun Malaysia merdeka (termasuk 31 ogos 2009).

Seperti biasa berita keluar dari PKR akan dimanipulasi media Pakatan Pembangkang dengan mengatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai UMNO, manakala Zulkfli Yahaya (Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Kedah) mendakwa dalam HarakahDaily.net "Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat'' baca disini. Dewakampung berpendapat jika YB Mohd Radzi Salleh hendak meninggalkan PKR & Pakatan Pembangkang beliau tidak perlu mengugut dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk meninggalkan PKR & Pakatan Pembangkang, maka alasan yang dikemukan oleh Pakatan Pembangkang menunjukkan tahap keintelektual yang amat dangkal serta boleh pula menunding jari dengan menyatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah gagal, persoalan disini kenapa sebelum ini tidak menyatakan YB Mohd Radzhi Salleh telah GAGAL??????.

Dewakampung menyeru agar rakyat Permatang Pasir jangan memperjudikan nasib anak cucu-cicit kita manakala kepada PKR & Pakatan Pembangkang jangan mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan muak untuk didengar rakyat diatas kejahilan anda sendiri.

Saturday 22 August 2009

Penduduk Permatang Pasir Perlu Lebih Bijak

Dewakampung melihat ada 10 perkara mengapa rakyat Permatang Pasair perlu menolak PAS dengan sebab yang amat kukuh antaranya:-

1) Hasrat Perdana Menteri adalah untuk selesaikan 6 bidang utaama iaitu banteras jenayah, banteras rasuah, memperkasakan pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan bertepatan dengan gagasan 1 MALAYSIA..Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan...diterima baik oleh semua.

2) Janji YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menjadikan Permatang Pasir ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan jika BARISAN NASIONAL (BN) menang adalah satu peluang pertama dan terakhir yang wajar disambut baik oleh pengundi Permatang Pasir...belajarlah melalui kesilapan lalu dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang.

3) PAS tidak dihargai oleh DAP terutama Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng, walau pun cuma ada satu kerusi di sini tetapi wakil PAS tidak dilantik menjadi Exco...jika janji baru dibuat di Permatang Pasir..macam mana??? kuota 10 Exco dah penuh....siapa yang bakal disingkirkan???kerusi Cina atau dua Exco Melayu?.

4) PAS telah dberi peluang selama 3 penggal di Permatang Pasir tetapi sayangnya tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...kalau ada pun ianya adalah yang telah dilakukan oleh BN, maka atas dasar kebijaksanaan berilah pula peluang kepada BN untuk memastikan dapat permasalahan rakyat selesai.

5) Jika rakyat Permatang PAsir "terhutang budi" dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).. DSAI telah menjadi MP Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang...jika BARISAN NASIONAL menang kali ini...rakyat juga yang untung kerana DSAI sudah dapat & pembangunan pun dapat juga ini barulah dikatakan politik bijaksana.

6) Inilah peluang untuk pengundi Permatang Pasir menambah bilangan suara yang membela Agama Islam & Bangsa Melayu dalam DUN Pulau Pinang...bukti ditunjukan PAS sudah tidak boleh menjadi pembela kerana bersengkongkol dengan DAP...PKR pula hanya menjadi Pak Turut...dulu kita dihormati walaupun GERAKAN yang menjadi Ketua Menteri...tapi selepas DAP memerintah kita dapat lihat suara Bangsa Melayu & Agama Islam semakin terpingir dan kedudukan Melayu semakin dinjak-injak.

7) Jika benarlah Guan Eng seumpama Khalifah Umar Ibnu Aziz (seperti yang dijaja oleh Mat Sabu) dan jika dia sebenarnya faham tentang perjuangan Khalifah Umar, tentulah Guan Eng dah lama menganut Islam..ini jangankan nak menganut Islam...semakin menghina Islam adalah..kononnya pernyataan mengikut Khalifah Umar hanya kenyataan politik yang menghina martabat Khalifah Umar dan juga Agama Islam.

8) Amar Makruf Nahi Munkar di Pulau Pinang hanya sekadar mainan politik dan kempen palsu untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi strategi licik DAP..apa yang pasti...judi, arak, perlacuran juga semakin bertambah..

9) Jika dilihat calon BN bernama Rohaizat ialah anak tempatan Permatang Pauh, lulusan agama SM AGAMA AL- MASHOOR dan juga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) seorang profesional muda yang bersama kepimpinan UMNO membantu membela rakyat Permatang Pauh sejak tahun 1996.

10) Kita lihat pula calon Pembangkang...SALEH MAN..orang Tasek Gelugor telah 6 kali bertanding dalam pilihanraya tapi sayang semuanya kalah...Jika kali ini SALEH MAN menang...akan timbul persoalan mengapa penduduk Permatang Pasir perlu memilih orang yang ditolak oleh tempat lain.

FIKIR-FIKIRKAN DEMI KEBAIKAN PERMATANG PAUH

Wednesday 19 August 2009

Siapa Nik Aziz Boleh Tentukan Seseorang Masuk Syurga????

Nik Aziz perlu lebih bertanggungjawab diatas setiap kenyataan

Nik Aziz telah pun menjadi "tuhan" kerana boleh menentukan seseorang itu memasuk syurga atau pun tidak mungkin ini antara kelebihan yang ada apabila menjadi (Mursyidul Am PAS). Nik Aziz turut menyatakan ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga. Jelas dewakampung berpendapat kenyataan Nik Aziz ini amat keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama serta telah menjatuhkan imej ulama Islam yang selama ini dihormati.

Dewakampung melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ini kerana untuk meraih undi dan menakutkan masyarakat Melayu Beragama Islam, sedarkah Nik Aziz bahawa beliau telah pun mempermainkan agama Islam yang suci ini dan siapa Nik Aziz untuk meletakan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak??.baca disini

Kenyataan rasional dari Ketua Dewan Ulama PAS...terdapat pencangahan dalam Parti PAS!!!!

Jika dilihat dengan jelas Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS), lebih rasional dan bercakap berdasarkan kenyataan serta tidak menjatuhkan hukum seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak, ini menunjukkan Nik Aziz telah semakin tua dan meracau dengan apa yang diucapakan dan taniah kepada Datuk Harun Taib kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang baik sebab sanggup membetulkan kenyataan yang boleh merosakkan akidah umat Islam yang lahir dari mulut ulama bernama Nik Aziz.

Ada dua persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada Tuan Guru Nik Aziz apa beza penyokong UMNO dengan ahli UMNO, apabila Nik Aziz menyatakan kenyataan sedemikian. Persoalan kedua pula siapa Nik Aziz boleh mengukur iman seseorang.

Dewakampung bukan orang yang layak untuk bercakap berkenaan agama secara ditel walaupun mengetahui tetapi jika pemimpin UMNO itu tidak beriman dan tidak mengikut landasan ajaran Islam kita lihatlah perlaksanaan fardhu kifayah yang telah dilaksanakan, sebab perlaksanaan fardhu kiyafah adalah wajid ke atas pemimpin.

Dewakampung berharap agar Allah SWT menunjukkan jalan kebenaran dan kepada Nik Aziz jangan mengelirukan umat Islam dengan kenyataan yang boleh merosakan umat semata-mata kepentingan politik.

Monday 17 August 2009

Wong Chuan How Pelakon Terbaik

Satu lagi lakonan sempati yang berjaya dilakukan oleh Wong Chuan How (Pembantu Khas kepada seorang daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor), dengan menuduh ditolak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga terjatuh dan terpaksa mengambil rawatan perubatan. Dewakampung merasakan Wong tidak memerlukan rawatan perubatan jika tidak melakukan provokasi kepada pegawai SPRM.

Dewakampung merasakan agak hairan mengapakah Wong enggap memberikan kerjasama kepada pegawai SPRM berhubung dengan siasatan bantuan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek lihat disini. Jika Wong tidak terbabit beliau seharusnya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak perlu cuba melarikan diri ketika memasuki kenderaan SPRM.

Provokasi yang dilakukan oleh Wong hingga menyebabkan SPRM dituduh sebagai gestapo

Dewakampung berpendapat apa yang cuba dilakukan oleh Wong adalah satu lakonan bagi menimbulkan isu dalam negara serta mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah yang dihadapi oleh parti pembangkang terutamanya di Selangor dengan cara ini rakyat akan memberikan tumpuan kepada isu ini serta akan menuduh SPRM & kerajaan tidak adil. Sukacita diingatkan kepada Wong dan DAP jangan memperbodohkan rakyat kerana rakyat sudah muak dengan lakonan yang ditunjukkan DAP.

Adakah ini cara pembangkang memerintah, apabila keputusan yang dibuat tidak memihak kepada mereka maka akan dituduh pula SPRM dan Kerajaan tidak adil tetapi apabila keputusan yang dibuat memihak kepada mereka maka dikatakan pula kerajaan adil..jika berginilah cara pembangkang memerintah nescaya akan lingkup negara ini kerana pemimpin dalam pakatan pembangkang akan memerintah mengikut selera mereka bukan mengikut peraturan.

Thursday 13 August 2009

Nik Aziz Hampir Khianati Islam

Jawapan Mengapa Tuan Guru Pertahankan Nik Aziz Kerana PAS sentiasa menyokong DAP

Dewakampung merasakan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku orang kuat PAS telah semakin kemaruk kuasa hingga mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, persoalan disini mengapa Nik Aziz bergitu mempertahankan DAP??, dimanakah pegangan sebenar Tuan Guru Nik Aziz.

Tindakan Nik Aziz ini lebih menggalakkan pemimpin DAP menghina agama Islam dan dewakampung merasakan selaku parti yang perjuangkan Islam dalam pakatan rakyat menjadi tanggung jawab Nik Aziz untuk menerangkan prinsip sebenar ajaran Islam kepada pemimpin DAP dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang menggalakan lagi pemimpin DAP menghina agama Islam yang merupakan agama Persekutuan bagi Malaysia dan kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam serta amat tidak bertamadun lihat ini.

Bukti kenyataan Nik Aziz yang membenarkan DAP menghina Agama Islam

Sebagai pemimpin Islam, Nik Aziz seharusnya membela agama Islam dan jelas menunjukkan Nik Aziz telah mengkhianati agama Islam & Bangsa Melayu..Persoalan disini adakah Nik Aziz ini Ulama???. Hairan bin ajaib apabila seorang ulama boleh menghalalkan orang menghina Islam, dan jelas Nik Aziz lebih mementingkan politik dari mempertahankan agama Islam.

Dewakampung ingin katakan Nik Aziz amat melampau

Friday 7 August 2009

Khalid Ibrahim, Ronnie Liu & Arak

Dewakampung merasa sedih dengan tindak balas dari Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), jelas menunjukkan Menteri Besar Selangor itu langsung tidak mempunyai sikap hormat kepada sesama Islam apabila tindakan PAS dipersoalkan serta ditolak mentah-mentah oleh Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim juga sanggup meminggirkan agama Islam dengan mengekalkan paratuan jualan minuman keras di Shah Alam serta dengan jelas telah menolak draf yang dicadangkan oleh PAS Selangor baca disini.

Khalid Ibrahim juga sanggup melindungi mereka yang jelas melakukan kesalahan apabila tindakan YB Ronnie Liu (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) sering campur tangan dalam urusan serta tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) ini akan mendatangkan implikasi kepada fungsi PBT itu sendiri. YB Ronnie Liu turut mencampuri urusan agama Islam dengan menyatakan minum "beer" dibolehkan kerana kandungan akohol ada sedikit...persoalan disini yang HARAM TETAP HARAM DISISI HUKUM AGAMA ISLAM, tidakan dilakukan YB Ronnie Liu ini telah mencemarkan kesucian Agama Islam yang merupakan teras kepada negara ini seperti terkandung dalam Perlembagaan Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan & agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam persekutuan...mengapa bergitu dangkal pemikiran YB Ronnie Liu.. dan mengapa Khalib Ibrahim masih memihak kepada YB Ronnie Liu???.

Penyalahgunaan kuasa oleh Exco Kerajaan Selangor

Adalah amat meragukan apabila Khalid Ibrahim telah menolak mentah-mentah desakan PAS tanpa ada siasatan lanjut dan menganggapnya sebagai bukan isu besar....Persoalan disini ia berkaitan dengan akidah & Khalid Ibrahim boleh menyatakan ia bukan isu, fahamkah Khalid Ibrahim tentang hukum-hakam dalam Islam??, amat mendukacitakan apabila seorang penganut agama Islam telah memperkecilkan agama yang suci ini.

Tindakan Khalid Ibrahim ini jelas telah mencemuh agama Islam dan jelas pemimpin Melayu lain dalam PKR temasuk Anwar Ibrahim langsung tidak menegur tindakan Khalid Ibrahim??, Apa sudah jadi dengan PKR hingga sanggup menghina kesucian agama Islam....dewakampung mencabar Khalib Ibrahim agar mengambil tindakan tegas keatas YB Ronnie Liu jika beliau benar-benar perjuangan Islam seperti saranan PAS Selangor...dan taniah kepada Datuk Dr. Hassan Ali diatas ketegasan beliau walaupun Nik Aziz, Hadi Awang & lain-lain pemimpin kanan PAS berdiam diri dengan isu ini lihat ini.

Jika kita melihat kembali sejarah, tidak pernah mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan penguatkuasa dalam melaksanakan tugas berkaitan dengan Agama Islam dan Bangsa Melayu tetapi apa sudah jadi dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor apabila DAP boleh mencampuri kesucian agama Islam????.

Apa yang jelas YAB Menteri Besar Selangor itu tidak berani tegur YB Ronnie Liu sebab pemimpin DAP adalah kesayangan YAB Menteri Besar Selangor....

p/s kepada YAB Khalid Ibrahim mohon ubah cara anda tadbir Selangor kerana YB Ronnie Liu telah mencampuri urusan Agama Islam dengan penyataan yang silap boleh mencetuskan permasalahan akidah umat Islam.

Dewakampung sayang Islam (-:

Sunday 2 August 2009

Apa Perkaitan ISA dengan Isu kematian Teoh Beng Hock


Dewakampung melihat tindakan mengadakan perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menyebabkan rutin harian penduduk Kuala Lumpur serta menyebabkan peniaga mengalami kerugian besar akibat dari tindakan bodoh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti pembangkang, apabila terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing. Perhimpunan haram diadakan oleh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Persoalan disini perlukah mengadakan demonstrasi hanya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dan tindakan pegawai Istana tidak menerima memorandum berkenaan adalah satu tindakan yang dibijak kerana perlukah untuk berhubung dengan Ketua Negara hingga menyebabkan orang ramai kesusahan, dimanakah prinsip keempat dan kelima rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang & Kesopanan Kesusilaan?

Adalah lebih memalukan dan hina apabila pemimpin parti pembangkang sendiri turut terlibat dalam perhimpunan dan jangan pula menyatakan kerajaan dan pihak polis zalim apabila dikenakan tindakan undang-undang kerana yang salah tetap salah. Taniah diucapkan kepada R.Sivarasa (Presiden Parti Keadilan Rakyat) & Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) kerana berjaya menghuru-harakan negara. Manakala kepada dalang yang telibat harus sanggup menerima segala hukuman yang telah diperuntukkan dalam undang-undang negara baca ini.

Selepas ini dewakampung amat percaya akan wujud pula demonstrasi lain bagi membantu membebaskan mereka yang terbukti bersalah??, Mengapakah Parti Pembangkang ini suka sangat mengadakan demonstari...adakah ini kerja wakil rakyat pembangkang hanya tahu demonstrasi...agak malang rakyat dikawasan tersebut kerana silap memilih wakil rakyat sebab sentiasa sibuk demonstrasi hingga kawasan sendiri tidak diurus dengan baik...bergitu dangkalnya pemikiran penyokong pembangkang...sedarkah pembangkang tindakan ini telah menyusahkan rakyat serta menjejaskan nama baik negara.

Apa Perkaitan Kes Kematian Teoh Beng Hock dengan Demostrasi ISA

Dewakampung melihat tujuan utama demonstrasi ini adalah untuk mengalihkan pandangan politik terhadap kes liwat Anwar Ibrahim serta kes kematian Teoh Beng Hock yang cuba dibangkitkan oleh Unit Amal PAS, apa perkaitan ISA dengan kes kematian Teoh Beng Hock dan jelas Unit Amal PAS berniat jahat bertujuan membangkitkan perasaan marah serta menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam kes bunuh mendiang, sedangkan kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis....hebatnya Unit Amal PAS apabila boleh menjatuhkan hukuman tanpa siasatan, jelas PAS suka menabur fitnah..Sedarkah PAS tindakan ini boleh menyebabkan ketegangan kaum dan apakah dosa mendiang hingga dipolitikkan sedemikian rupa???????

Satu persoalan yang masih belum dewakampung dapat hingga sekarang mengapakah pembangkang takut sangat kepada ISA...sedangkan akta yang sama turut diguna pakai di negara yang lain seperti Singapura dan USA...kalau dilihat Singapura itu diperintah oleh People Action Party (PAP) abang kepada DAP, jadi mengapa DAP diam pula apabila kerajaan Singapura menguatkuasakan akta tersebut??? fikir-fikirkan kepada umat Melayu

Persoalan kedua mengapa Bangsa Melayu yang menjadi majoriti berhimpun dalam perhimpunan haram itu hingga sanggup disembur air serta menerima gas pemedih mata dari pihak polis, dimana Orang Cina & India, adakah Orang melayu ini dijadikan boneka dalam setiap perhimpunan haram???..sedarlah wahai bangsa Melayu....dan mengapa pula Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian) menyatakan dengan bangga perhimpunan itu berjaya lihat ini, manakala Riduan (Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat) mendakawa itu adalah keberanian rakyat???..bangganya mereka apabila bangsa Melayu di perkotak-katikkan dimanakah nilai sebenar pemimpin Islam????

Dewakampung tidak dapat membayangkan apabila pembangkang memerintah negara ini suatu hari nanti kerana amat yakin dan percaya rakyat Malaysia akan lari dibumi sendiri akibat dikejar penjajah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang selalu mencetuskan kesusahan, huru-hara, menggugat keamanan dan keselamatan negara...

Dewakampung tegaskan disini jangan aniaya kami rakyat Malaysia dengan perubutan kuasa politik pembangkang dan jangan tabur pasir dalam periuk nasi peniaga yang mencari makan dengan halal demi anak cucu-cicit kami.