Monday, 4 January 2010

Bercanggahnya Pendirian Tuan Guru Nik Aziz dengan Ahlinya

Adakah slogan ini benar atau satu retorik politik....hanya Allah swt yang tahu

Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen PAS Kawasan Shah Alam ) dengan megah mempertahankan pendirian tidak membantah penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam penerbitan akhbar Herald-The Catholic Weekly. baca disini

Dewakampung tidak hairan dengan kenyataan dari Khalid Abdul Samad atas bentuk pemikirannya yang liberal. Apa yang jelas kenyataan Khalid Abdul Samad ini telah menambah kebangkitan amarah penganut agama Islam & bangsa Melayu. Dewakampung hairan mengapa Khalid Abdul Samad berpendirian yang amat berbeza dengan Tuan Guru Nik Aziz yang bergitu lantang tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah swt untuk agama Kristian. lihat disini

Apa yang jelas kenyataan Khalid Abdul Samad ini adalah seorang yang tidak memikirkan kesan penggunaan kalimah Allah tersebut kepada agama Islam & satu lagi kekeliruan yang bermain diminda dewakampung mengapa pendirian Khalid Abdul Samad amat bercanggah dengan pendirian dan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz????.

Dewakampung turut merasa hairan mengapa selepas Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah swt kepada agama Kristian baru Tuan Guru Nik Aziz yang kita sayangi menyatakan pendiriannya...dewakampung ingin menyatakan pertanyaan ini kepada Tuan Guru Nik Aziz mengapa sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz berdiam diri sahaja??? dan apabila melihat bantahan umat Islam seluruh negara baru Tuan Guru Nik Aziz menyatakan pendirian???.

Tuan Guru Nik Aziz juga sebelum ini turut membenarkan penganut bukan agama Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quraan di atas pentas-pentas PAS dan mengapa apabila seorang exco kerajaan negeri Selangor menyatakan bahawa orang Islam boleh minum "beer", Tuan Guru Nik Aziz tidak menyatakan pendiriannya??

Adakah Tuan Guru Nik Aziz kesayangan ini menyatakan pendirian tidak bersetuju kalimah Allah swt selepas melihat bantahan dari umat Islam & Bangsa Melayu di seluruh negara??. Jika Tuan Guru Nik Aziz menyatakan pendirian ini kerana agama Islam & kepentingan Bangsa Melayu seperti termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan dewakampung amat kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana pendirian ini sudah pasti akan mendapat tentangan dari sekutu rapat PAS iaitu PKR & DAP tetapi jika hanya untuk mendapat keuntungan politik dewakampung mengharapkan agar Tuan Guru Nik Aziz berfikir sejenak demi kepentingan Agama Islam.

Satu lagi persoalan mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyatakan apa-apa diatas keputusan ini..adakah kerana datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyatakan sokongan penggunaan kalimah Allah swt kepada penganut agma Kristian?? lihat video ini

Dewakampung sayang Islam

1 comment:

DaVillageBoy said...

agaknya Nik Aziz ni sedang mendakwahkan ajar islam sekejap sekejap tak boleh kut...ker die tgh menunggu isu yg panas jer baru nk berjuang tegakkan islam..selagi masyarakat islam ni xkisah pasal islam dia pun diam la..bila satu Malaysia dah bunyi br nk timubul...baru nmpak pejuang islam sejati..hehehe...pandai nik aziz caturkan politik dia supaya dipandang sebagai ulama yg hebat...