Wednesday, 6 January 2010

Kalimah Allah & Pendirian Datuk Dr Haron Din


Isu Kalimah Allah terus menjadi pertikaian dan bantahan masyarakat hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi, Jika dilihat dari Perlembagaan Perkara 3 (1) Agama Islam Adalah Agama Persekutuan & Agama Lain Bebas Diamalkan Secara AMAN & DAMAI dalam mana-mana Bahagian Persekutuan...Jika dilihat dengan apa yang berlaku isu kalimah Allah SWT ini telah tidak mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan kerana berdasarkan perkara AMAN & DAMAI tidak dipatuhi oleh Herald-The Catholic Weekly.

Hasil dari isu ini YAB Perdana Menteri telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Baginda berkenan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah & ini merupakan langkah bijak YAB Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga keamanan dibumi bernama Malaysia, lihat disini.....Taniah YAB Perdana Menteri

Jika dilihat tercetusnya isu ini adalah kerana kepimpinan Melayu yang menyokong perkataan Allah diguna pakai oleh orang Kristian dimana Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) telah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah semasa berkempen di Batang Ai tempoh hari dengan menyatakan itu adalah hak Kristian, jelas membuktikan Anwar Ibrahim ini sanggup mengadaikan agama demi kepentingan politik, persoalannya adakah beliau berfikir akan perasaan Bangsa Melayu yang bergitu mementingkan kesucian Agama Islam...lihat video ini

Pada baru-baru ini Datuk Dr Haron Din adalah menyatakan pendirian adalah seperti berikut:-
"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik."...rujuk ini

Hasil dari pendirian Datuk Dr Haron Din ini, dewakampung mula tertanya-tanya dimana letaknya Anwar Ibrahim & Khalid Samad???...dewakampung semakin keliru dengan mereka berdua.

No comments: