Tuesday, 19 January 2010

ProM UMT & ProM UM apa bezanya

Dewakampung agak hairan dengan tindakan Pro-Mahasiswa (ProM) apabila menjemput Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) untuk hadir memantau perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) pada kali ini. Ini menujukkan seolah-olah ProM tidak mempercayai pihak pentadbiran Universiti, jadi jika tidak percaya mengapa masih lagi bernaung denagan UM

Jika ProM menyatakan sistem pengundian elektronik (e-undi) tidak tulus mengapa ProM boleh menguasai dan memang dalam piliharaya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menang besar. baca disini

Adalah jelas menunjukkan ProM Universiti Malaya (UM) sangat takut dengan sisten e-undi ini, siap menjemput Mafrel pada pilihnaraya kampus...Jelas menunjukkan bahawa ProM UM bukanlah sebuah persatuan mahasiswa yang kuat untuk membela nasib mahasiswa UM dan kemungkinan besar ProM UM pada tahun ini tidak sehebat ProM UM tahun lepas yang ternyata hingga menyebabkan TNC HEPA tunduk kepada ProM pada tahun lepas....taniah diucapkan pada ProM UM tahun lepas.

Dewakampung melihat kaedah menjemput Mafrel hadir pada pilihanraya kampus seakan sama dengan kaedah yang dibawa oleh pembangkang semasa pilihanraya umum dengan menyatakan sistem pilihanraya tidak tulus maka alasan yang sama turut digunakan pakai oleh ProM UM. tengok ini
Dewakampung turut melihat ProM telah mengunakan "Deception Strategy" seperti terdapat dalam teori peperangan Jeneral Sun Tzu's pada pilihanraya kampus, maka dewakampung menyeru agar mahasiswa lari dari kaedah yang diguna pakai oleh ProM ini.
Apabila ProM menjemput Marfel sebagai pemerhati maka ProM turut mengunakan satu lagi teori Jeneral Sun Tzu's iaitu "Strategy Of Turning Disadvantages Into Advantages" bermaksud cuba mengubah sesuatu situasi dari memihak kepada Penggerak Mahasiswa kepada ProM dan ini merupakan teori popular yang selalu digunakan dalam kancah peperangan. Maka dewakampung sekali lagi menyeru agar mahasiswa kampus perlu bijak melihat setiap kaedah yang diguna pakai agar tidak terperangkap dengan permainan politik ProM.

1 comment:

kelambuharimau said...

pandangan saya..ada juga mahasiswa yang dah terpedaya dengan Anuar..nak ikut jejak langkah anuar..nak jadi pembangkang dalam negara..elok mereka ini disingkirkan aje dari kampus..nanti diberi pelajaran dah pandai nak lawan kerajaan pulak