Friday 22 July 2011

Kebenaran Telah Terbukti Beng Hock BUNUH DIRI

Pembelaan Beng Hock Seperti Dituntut Oleh Pembangkang Telah Terbukti


Pada hari ini telah terbukti hasil daripada siasatan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah menyatakan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor dari DAP itu telah membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM. Suruhanjaya turut menyatakan bahawa perbuatan bunuh diri akibat dari soal siasat pegawai SPRM kepada mendiang dan beliau membunuh diri kerana mempunyai hubungan mesra dengan YB Ean Yong Hian Wah ADUN DAP.

Dr. Pornthip Rojanasunand (Pakar Patologi Forensik) dari negara Thailand, yang mendakwa bahawa Teoh Beng Hock telah dipukul dengan objek tumpul telah di tolak oleh Suruhanjaya. Suka cita di jelaskan disini Pakar ini dibawa khas oleh Parti Pambangkang dan kenyataan ini amat berbeza dengan keterangan Pakar Patologi Forensik dari Britain, Profesor Peter Vanezis bahawa tiada pendarahan dalam mata akibat lemas serta tidak terdapat keretakan pada tulang tengkuk yang di bawa oleh Majlis Peguam. baca ini

Adalah amat menghairankan kenapa parti pembangkang hanya memperjuangkan nasib Teoh Beng Hock hingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tetapi tidak pula mendesak kerajaan apabila kes melibatkan Pegawai Kastam yang berbangsa Melayu.

YB Ean Yong Hian Wah ADUN DAP, juga harus disiasat kerana isu berkenaan penyelewengan seakan tertutup selepas kes Teoh Beng Hock dan adalah satu perkara WAJIB bagi pihak SPRM untuk menyiasat setiap dokumen yang ada pada mendiang agar kes berkenaan Rasuah dan Peyelewengan dapat di benteras hingga ke akar umbi.




Dewakmpung amat percaya kemungkinan besar isu ini akan terus dimainkan oleh pembangkang demi meraih undi sempati sama seperti pilihan raya yang lepas-lepas. APA YANG NYATA SPRM TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK DAN KEBENARAN TELAH TERBUKTI



APA KATA DAP????

No comments: