Tuesday, 26 July 2011

Rakyat Mangsa Kerakusan Kerajaan Pulun Pinang


Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah melahirkan kekecewaan dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sengaja telah melambatkan serta melewatkan permohonan dari Kerajaan Pusat untuk membina perumahan kos rendah, selain itu projek-projek yang dibina oleh Kerajaan Pusat juga masih lagi tidak dapat diduduki kerana pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ini tidak memberi CF. lihat disini

Selain kelewatan memberikan CF, tetapi punca sebenar apabila kelulusan lewat daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Difahamkan terdapat dua projek perumahan dibawa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) iaitu di Sungai Pinang dan di Pongsu Seribu, Bertam yang masih lagi tertangguh.

Apa yang jelas pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun mempolitikan projek yang di bangunkan untuk rakyat berpendapatan rendah, apabila ini berlaku rakyat akan menjadi mangsa ke atas kerakusan DAP. Adalah perlu diingat disini rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang akan menjadi mangsa penindasan paling teruk di sebabkan kelewatan yang di lakukan oleh pihak DAP kerana rata-rata permohonan adalah dari kelompok Melayu-Islam.

Jelas membuktikan DAP di Pulau Pinang semakin rakus dan GILA KUASA

No comments: