Keputusan PAS tidak membenarkan ahlinya bertanding pada pilihanraya kecil kawasan Penanti jelas menunjukkan PAS sudah terperangkap dengan permainan politik PKR dan DAP. Adalah amat menghairankan seolah-olah PAS seakan-akan takut hilang rakan dari PKR dan DAP.
Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihanraya PAS) ada menyatakan kepada pemberita "tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen", adalah amat memeranjatkan apabila PAS sanggup meminggirkan ahli PAS sendiri serta kepimpinan PAS Pulau Pinang.
Senario yang berlaku menunjukkan PAS semakin hilang arah dan punca, sedarkah PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang pembentukkan negara Islam dan PKR yang mempunyai krisis moral dikalangan kepimpinannya merupakan satu kesilapan besar. Adalah dicadangkan agar PAS melihat kembali kerjasama yang dijalinkan dan janganlah kerana kuasa politik PAS sanggup gadaikan maruah semakin terhakis.
Dicadangkan juga kepada kepimpinan PAS Pulau Pinang agar melihat kembali perjuangan PAS sekiranya lari dari matlamat asal adalah diseru agar meninggalkan parti PAS yang semakin hilang arah tuju dari awal penubuhannya.
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 7 May 2009
Tuesday, 5 May 2009
PAS Jauh Tersasar
Takiyuddin (Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan) menyelar golongan Pro-Anwar dalam PAS kerana menentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dan mendakwa kumpulan ini hanya mengeluarkan kenyataan di luar mesyuarat rasmi diadakan.
Dewakampung melihat sedang berlaku pergolakan didalam PAS dan pakatan rakyat kerana mereka memang tidak pernah bersatu antara satu sama lain, bukti boleh dilihat semasa pertandingan pilihanraya pakatan rakyat mengunakan loga/lambang parti masing-masing tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang hanya mengunakan satu logo/lambang.
Dapat dilihat juga penyokong Pro-Anwar dalam PAS akan bertindak sama seperti PKR hingga menutup imej sebenar PAS dan apa yang jelas penyokong Pro-Anwar berjaya merubah PAS dari segi perjuangan??
hairan dengan PAS sebab sudah kurang perjuangkan Islam & Melayu tidak seperti UMNO yang terus berjuang untuk Islam & Melayu
Friday, 1 May 2009
PAS - Perebutan Ulama dan Profesional Sedang Berlaku
Menurut Datuk Mohamad Daud (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat beliau menyatakan dengan tegas Dewan Ulamak PAS telah menetapkan syarat agar Presiden dan Timbalan Presiden parti itu perlu dipilih daripada kalangan ulama.(baca lebih lanjut di www.malaysia-instinct.com)
Dewakampung melihat ketegasan yang dinyatakan oleh Datuk Mohamad Daud tidak akan diikuti oleh calon yang menawarkan diri kerana kita sedia maklum PAS adalah sebuah parti politik dan tidak akan terlepas dari perebutan jawatan tertinggi dalam parti walau dengan apa pun alasan.
Datuk Mohamad Daud mendakwa jika jawatan itu tidak diserahkan kepada pemimpin bertaraf ulama ia akan merosakkan PAS pada masa depan. Tetapi apa yang jelas dewakampung melihat pada ketika ini pun PAS seakan-akan hilang arah tuju kerana beberapa tindakan yang dibuat oleh kepimpinan PAS dari kelompok Ulama atau Profesional tidak menjurus mempertahankan ketuanan Melayu serta menjaga kepentingan kaum-kaum lain.
Apa yang berlaku sekarang parti PAS seakan-akan hilang arah tuju dan jelas menunjukkan PAS sudah dikuasai oleh golongan Profesional maka tidak hairanlah PAS bertindak sama seperti tindakan yang dilakukan oleh PKR hingga ada beberapa keputusan seolah-olah menggambarkan liberalisasi sedang berlaku dalam parti yang memperjuangkan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)