Friday, 1 May 2009

PAS - Perebutan Ulama dan Profesional Sedang Berlaku



Menurut Datuk Mohamad Daud (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat beliau menyatakan dengan tegas Dewan Ulamak PAS telah menetapkan syarat agar Presiden dan Timbalan Presiden parti itu perlu dipilih daripada kalangan ulama.(baca lebih lanjut di www.malaysia-instinct.com)

Dewakampung melihat ketegasan yang dinyatakan oleh Datuk Mohamad Daud tidak akan diikuti oleh calon yang menawarkan diri kerana kita sedia maklum PAS adalah sebuah parti politik dan tidak akan terlepas dari perebutan jawatan tertinggi dalam parti walau dengan apa pun alasan.

Datuk Mohamad Daud mendakwa jika jawatan itu tidak diserahkan kepada pemimpin bertaraf ulama ia akan merosakkan PAS pada masa depan. Tetapi apa yang jelas dewakampung melihat pada ketika ini pun PAS seakan-akan hilang arah tuju kerana beberapa tindakan yang dibuat oleh kepimpinan PAS dari kelompok Ulama atau Profesional tidak menjurus mempertahankan ketuanan Melayu serta menjaga kepentingan kaum-kaum lain.

Apa yang berlaku sekarang parti PAS seakan-akan hilang arah tuju dan jelas menunjukkan PAS sudah dikuasai oleh golongan Profesional maka tidak hairanlah PAS bertindak sama seperti tindakan yang dilakukan oleh PKR hingga ada beberapa keputusan seolah-olah menggambarkan liberalisasi sedang berlaku dalam parti yang memperjuangkan Islam

3 comments:

Anonymous said...

Sebab itu Nik Aziz tidakn cakap banyak sangat sekarang kerana di sendinri pening hendak control PAS

tinta srikandi said...

PAS hilang arah tuju kerana telah terlalu banyak tersasar dai tujuan sebenar...ayat "berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bepecah belah" telah diabaikan. Itulah..lain kali jangan mempermainkan agama..kan sekarang Allah dah turunkan bala kepada PAS iaitu ANWAR IBRAHIM...

rahman,ahchong,muniandy said...

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?