HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 28 May 2009
Kenapa DAP, PKR suka "Penderhaka Negara"???
Pada hari ini dua lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang yang mahu Chin Peng (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) diberi kemaafan oleh kerajaan dan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Adalah amat menghairankan bagaimana Dr Tan Seng Giaw (Timbalan Presiden DAP) menyatakan pernah merasai penderitaan semasa kekejaman komunis dengan Pengetua sekolah dibunuh pada 1950-an, boleh meminta kerajaan membenarkan Chin Peng balik. Disini saya ingin menyatakan kepada Dr Tan Seng Giaw adakah beliau memahami perasaan ahli keluarga bekas Pengetua beliau yang dibunuh oleh komunis??
Sekali lagi kenyataan dan permintan bodoh yang dikeluarkan oleh Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) berharap secara peribadi agar Chin Peng boleh pulang ke Malaysia. Sedarkah Tian Chua kenyataan beliau itu menguris hati dan perasaan perjuang kemerdekaan serta pasukan keselamatan negara, janganlah Tian Chua bergitu bodoh serta buta sejarah atas kekejaman komunis.
Penulis melihat dua kemungkinan mengapa isu Chin Peng cuba dibangkitkan oleh Parti Pembangkang :- Pertama Parti Pembangkang cuba meraih sokongan dari orang cina bahawa mereka memperjuangkan hak kemanusiaan serta cuba meraih sokongan politik dari kaum cina. Suka cita diingatkan jika masih lagi terdapat desakan membawa Chin Peng pulang ke Malaysia, penulis percaya perkara ini akan membangkitkan kemarahan terutama kepada bekas-bekas mangsa kekejaman komunis. Kemungkinan kedua pula Parti Pembangkang cuba menutup kesalahan mereka dengan alihkan perhatian masyarakat atas cubaan rasuah kepada Aminah (Calon Bebas DUN Penanti) yang cuba disogok sebanyak RM 80ribu dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.
Jelas menunjukkan Parti Pembangkang terutama PKR cuba menutup kesalahan yang mereka lakukan yang secara jelas PKR merupakan parti yang suka sogok dan buta sejarah. Penulis melihat adalah tidak layak Parti Pembangkang memimpin negara ini kerana terlalu buta sejarah dan tiada semangat patriotisme. Jika Dr Tan Seng Giaw, Tian Chua serta sesiapa sahaja yang masih menuntut kepulangan Chin Peng seorang "Penderhaka Negara" dicadangkan mereka menyerahkan kewarganegaraan kepada kerajaan yang masih memperjuangkan "Penderhaka Negara".
Penulis berpesan TOLONG JANGAN MEMBANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment