HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 21 May 2009
Gerakan Mahu Chin Peng!!!!!
Dewakampung terperanjat dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan Pulau Pinang) yang menyarankan kepada kerajaan Malaysia agar membenarkan Chin Peng bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) balik ke Malaysia yang secara jelas telah melakukan huru-hara serta kekacauan kepada negara.
Dewakampung berpendapat kekejaman Chin Peng dan PKM tidak boleh dimaafkan contohnya kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong, Muar Johor serta lain-lain bentuk kekejaman terhadap orang awam dan pasukan keselamatan.
Permintaan dari Parti Gerakan amat melampaui batas serta secara tidak langsung mengkhianati pasukan keselamatan yang banyak berkorban mempertahankan negara. Mengapakah Parti Gerakan tidak memikirkan perkara itu dan perasaan isteri yang menjadi balu, anak kecil menjadi yatim-piatu manakala ibu kehilangan anak semasa kekejaman PKM.
Permintaan Parti Gerakan ini bertujuan meraih sokongan politik murahan, mengapakah bergitu cetek pemikiran seorang pemimpin dari Parti Gerakan dan Dewakampung berpendapat Datuk Dr Teng Hock Nan harus meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang kerana tidak sensitif isu-isu semasa.
Lupakah Datuk Dr Teng Hock Nan dan Parti Gerakan akan sejarah hitam atau memang Parti Gerakan tidak tahu langsung tentang apa yang berlaku dalam negara???. Sekali lagi ingin dewakampung tegaskan jangan cuba menwujudkan ketegangan dalam negara tercinta.
Alasan Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan serta tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara adalah amat bodoh, Persoalan disini adakah Chin Peng dan PKM mempunyai dasar kemanusiaan semasa melakukan kekejaman. Dewakampung ingatkan kepada Datuk Dr Teng Hock Nan dan Parti Gerakan, mahkamah telah membuat keputusan tidak membenarkan Chin Peng balik jadi jangan persoalkan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah.
Dewakampung mencadangkan agar Datuk Dr Teng Hock Nan dan seluruh kepimpinan Parti Gerakan membaca buku sejarah semasa kekejaman komunis dan baru buat kenyataan atau permintaan kepada kerajaan dan bukan mencari populariti murahan.
Hairan dengan keadaan politik masa kini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mana Suara Orang Melayu Membantah Kenyataan Datuk Dr Teng Hock Nan
Terima Kasih Kerana Di Atas Suara Anda
aku rasa kalau kita nak ambil berat pasal chinpeng,kita releven gak mansuhkan ISA.berpa ramai anak bini tahanan ISA ni yg merempat...Pemimpin UMNO mana ada pikir ni semua...sapa nak jawab?cakap leh la...kena kat btg hidung hang nanti,baru pandai nak pakai otak...CHISINNN tul la.
Post a Comment