Wednesday, 27 May 2009

Aminah & Tawaran PKR


Dewakampung tidak hairan dengan dakwaan Aminah yang menyatakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang ada menawarkan ganjaran wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang kemungkinan besar ada kebenarannya.

Dewakampung menyatakan demikian kerana Penasihat PKR sendiri Anwar Ibrahim gemar aktiviti melompat parti dengan menawarkan sesuatu kepada mereka yang ingin melompat parti. Jelas menunjukkan parti PKR mempunyai satu hobi iaitu suka melompat, Maka benarlah kata peribahasa Melayu "Bapak Kencing Berdiri, Anak kencing Berlari" budaya ini tersebar dengan bergitu meluas dalam PKR.

Seharusnya pengikut PKR sedar bahawa parti yang mereka dukong itu adalah parti yang berjuang bukan kerana keikhlasan kepda rakyat tetapi lebih kepada budaya GILA KUASA DAN DEWAKAMPUNG BERHARAP AGAR ALLAH SWT memberikan kebenaran siapa yang benar & siapa yang salah

No comments: