HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Tuesday, 19 May 2009
PKR lawan Bekas PKR di DUN Penanti
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di pilihanraya kecil DUN Penanti adalah satu keputusan yang bijak. Jika BN meletakkan calon di DUN Penanti amat jelas BN terikut-ikut dengan permainan kotor politik parti pembangkang.
Jika dianalisis berlakunya pilihanraya kecil adalah satu perancangan politik PKR yang terdesak meraih sokongan rakyat seperti di Parlimen Permatang Pauh yang sengaja dikosongkan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan DUN Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam atas alasan peribadi. Manakala bagi DUN Penanti pula punca terjadinya pilihanraya kecil disebabkan oleh wakil rakyat PKR iaitu Mohammad Fairus Bin Khairuddin meletakkan jawatan dengan alasan mahu menyambung pelajaran.
Dapat dilihat ini merupakan satu "game" yang sengaja dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan dua analisis boleh diwujudkan
1. Anwar Ibrahim dan PKR cuba wujudkan satu gelombang dan isyarat kepada rakyat bahawa parti ini semakin diterima rakyat tetapi jika kita lihat dengan lebih mendalam pilihanraya kecil hanya berlaku dikawasan yang PKR merasakan mereka boleh memang besar, bukan dikawasan PKR atau parti pembangkang memang tipis. Disini menunjukkan PKR dan parti pembangkang umpama jaguh kampung yang bergitu naif bagi mencari populariti.
2. Memang PKR mempunyai banyak masalah dalaman hingga berlaku terlalu banyak perletakkan jawatan dalam PKR hingga menyebabkan pilihanraya kecil. Ini membuktikan calon-calon dari PKR memang mempunyai masalah disiplin serta tidak mempunyai semangat berjuang untuk rakyat. Ini dapat dilihat apabila bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah yang mahu bertanding atas tiket bebas menentang calon PKR.
Dari dua analisis ringkas membuktikan PKR bukan satu parti yang memperjungakan rakyat dan jelas menunjukkan PKR adalah parti yang gila "populariti"
Dewakampung semakin keliru dengan perjuangan PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment