HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Wednesday, 13 May 2009
Apa Sudah jadi Dengan M. Kayveas
Penulis melihat tindakan M. Kayveas selaku Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP)untuk keluar dari Barisan Nasional adalah satu sikap keanak-anakkan dan penulis mencadangkan agar M. Kayveas perlu lebih bersikap profesional
Seharusnya M. Kayveas melihat kemampuan diri sendiri sebagai Presiden PPP sebelum mengugut keluar daripada Barisan Nasional(BN) dan penulis merasakan M. Kayveas seharusnya melihat kekuatan yang ada pada parti beliau yang jelas kucar-kacir berbanding parti lain dalam BN seperti MIC.
M. Kayveas seharusnya mengakui bahawa beberapa kawasan pilihanraya yang penduduknya majoriti Melayu diberi pinjam oleh UMNO kepada Parti berbangsa India terutama PPP dan MIC contonhnya DUN Tenggaroh di Johor penduduknya majoriti Melayu tetapi wakil rakyatnya seorang wanita berbangsa India. Inilah dikatakan konsep perkongsian kuasa dalam parti kompenan BN.
M. Kayveas menangguk di air keruh dan jelas tindakan ini menunjukkan M. Kayveas tidak mempunyai semangat setia kawan seperti diamalkan dalam kompenan BN, ia turut membuktikan M. Kayveas hanya berkawan apabila keadaan senang tetapi akan memakan kawan dalam keadaan tenat.
Ugutan M. Kayveas mahu keluar daripada BN sekiranya tidak diberi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan M. Kayveas hanya mementingkan diri sendiri dan boleh digelar "GILA KUASA". Jika ini yang diamalkan oleh M. Kayveas adalah wajar beliau yang keluar dari BN kerana mengamalkan apa seperti parti pembangkang amal dan ini menunjukkan M. Kayveas mula mengikuti rentak dan alunan parti pembangkang.
Ini bukan kali pertama M. Kayveas melakukan tindakan berbentuk ugutan, mungkin ini sahaja caranya untuk beliau menyambung "survival politik" selaku Presiden PPP dan tindakan ini adalah satu publisiti murahan.
M. Kayveas mendakwa PPP boleh menawan dua negeri jika parti itu bergerak sendiri tetapi pada Pilihanraya Ke-12 kawasan Parlimen yang diperuntukkan untuk PPP boleh kalah, persoalan disini bagaimana PPP hendak bergerak sendirian. Kenyataan ini seakan senada dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan akan merubah kerajaan pada 16 september 2008.
Kenyataan M. Kayveas keluarkan adalah amat angkuh dan bongkak. Suka cita diingatkan perjuangan BN bukan sahaja untuk mendapatkan kerusi tetapi perjuangan melihat kemajuan rakyat serta kemakmuran negara.
Dewakampung mencadangkan agar M. Kayveas & PPP bermuhasabah dan merenung kembali setiap apa yang berlaku..(",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment