Wednesday, 13 May 2009

Apa Sudah jadi Dengan M. Kayveas



Penulis melihat tindakan M. Kayveas selaku Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP)untuk keluar dari Barisan Nasional adalah satu sikap keanak-anakkan dan penulis mencadangkan agar M. Kayveas perlu lebih bersikap profesional

Seharusnya M. Kayveas melihat kemampuan diri sendiri sebagai Presiden PPP sebelum mengugut keluar daripada Barisan Nasional(BN) dan penulis merasakan M. Kayveas seharusnya melihat kekuatan yang ada pada parti beliau yang jelas kucar-kacir berbanding parti lain dalam BN seperti MIC.

M. Kayveas seharusnya mengakui bahawa beberapa kawasan pilihanraya yang penduduknya majoriti Melayu diberi pinjam oleh UMNO kepada Parti berbangsa India terutama PPP dan MIC contonhnya DUN Tenggaroh di Johor penduduknya majoriti Melayu tetapi wakil rakyatnya seorang wanita berbangsa India. Inilah dikatakan konsep perkongsian kuasa dalam parti kompenan BN.



M. Kayveas menangguk di air keruh dan jelas tindakan ini menunjukkan M. Kayveas tidak mempunyai semangat setia kawan seperti diamalkan dalam kompenan BN, ia turut membuktikan M. Kayveas hanya berkawan apabila keadaan senang tetapi akan memakan kawan dalam keadaan tenat.

Ugutan M. Kayveas mahu keluar daripada BN sekiranya tidak diberi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan M. Kayveas hanya mementingkan diri sendiri dan boleh digelar "GILA KUASA". Jika ini yang diamalkan oleh M. Kayveas adalah wajar beliau yang keluar dari BN kerana mengamalkan apa seperti parti pembangkang amal dan ini menunjukkan M. Kayveas mula mengikuti rentak dan alunan parti pembangkang.

Ini bukan kali pertama M. Kayveas melakukan tindakan berbentuk ugutan, mungkin ini sahaja caranya untuk beliau menyambung "survival politik" selaku Presiden PPP dan tindakan ini adalah satu publisiti murahan.

M. Kayveas mendakwa PPP boleh menawan dua negeri jika parti itu bergerak sendiri tetapi pada Pilihanraya Ke-12 kawasan Parlimen yang diperuntukkan untuk PPP boleh kalah, persoalan disini bagaimana PPP hendak bergerak sendirian. Kenyataan ini seakan senada dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan akan merubah kerajaan pada 16 september 2008.

Kenyataan M. Kayveas keluarkan adalah amat angkuh dan bongkak. Suka cita diingatkan perjuangan BN bukan sahaja untuk mendapatkan kerusi tetapi perjuangan melihat kemajuan rakyat serta kemakmuran negara.

Dewakampung mencadangkan agar M. Kayveas & PPP bermuhasabah dan merenung kembali setiap apa yang berlaku..(",)

Monday, 11 May 2009

PAS keliru sendiri



Mohamad Sabu mempertahankan pendiriannya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh dipegang oleh sesiapa sahaja dan tidak semestinya dalam kalangan golongan ulama dan kenyataan Mohamad Sabu selaku (Naib Presiden PAS) amat bertentangan dengan kenyataan beberapa pemimpin utama PAS termasuk Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS).

Mohamad Sabu turut menyatakan kenyataan Mohamad Daud Iraqi yang mahu golongan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah bersifat peribadi. Penulis mula melihat sudah wujud ketidak tentuan dalam PAS dan jelas PAS sudah lari dari matlamat serta senikata lagu yang selalu didendangkan

Bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran
bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansorullah
dengan matlamat daulah islamiah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti Islam melangkah
membimbing ummah ke medan siasah
berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
suburlah hidupnya dan pasti berbuah

Lagu Rasmi Parti Islam SeMalaysia

Dari senikata berkenaan dan dengan apa yang berlaku pada masa kini JELAS PAS UMPAMA CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN

Friday, 8 May 2009

Hidup Pemimpin !!!!



Oh Pemimpin umat Melayu,
Pimpinlah seluruh rakyat jelata,
Sangat sedih memandang sayu,
Sebagai kehilangan tongkat si buta.

Sungguh sedih bila dipandang,
Ketengah masyarakat Melayu Raya,
Hidup umpama di dalam kandang,
Tiada menikmati nikmat bahagia.

Tanah Melayu pusaka kita,
Hak Melayu berterus-terang,
Bangsa dagang mencabul nyata,
Dipandang kita hina & kurang.

Pemimpin kita pandanglah ini,
Kepentingan rakyat hendaklah diutamakan,
Berjuanglah dengan gagah berani,
Membela rakyat itulah didahulukan.

Tiada lain tempat pengharapan,
Cuma pemimpin yang kita "aku",
Belalah rakyat sebagai kewajipan,
Jangan bertindak lepas laku.

Hidup mati umat kita,
Di tangan pemimpin yang berhormat mulia,
Pembelaan dikehendaki biarlah nyata,
Sampai Melayu mendapat bahagia.

Rakyat tidak berkehendakkan pangkat,
Waima Raja sekalipun pemerintah,
Sekadar darjat biarlah meningkat,
Jangan hidup tak boleh betah.

Oh pemimpin pembuka mata,
Pimpilah rakyat jangan berkurang,
Rakyat masih bersilang sengketa,
Hampir terjerumus ke dalam jurang.

Menjadi pemimpin biarlah sempurna,
Mahukan adil lagi saksama,
Memandang insaf rakyat merana,
Kehidupan bahagia makmur bersama.

sumber :- Majalah Juwita (Terbitan 1956)