Tuesday, 19 January 2010

ProM UMT & ProM UM apa bezanya

Dewakampung agak hairan dengan tindakan Pro-Mahasiswa (ProM) apabila menjemput Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) untuk hadir memantau perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) pada kali ini. Ini menujukkan seolah-olah ProM tidak mempercayai pihak pentadbiran Universiti, jadi jika tidak percaya mengapa masih lagi bernaung denagan UM

Jika ProM menyatakan sistem pengundian elektronik (e-undi) tidak tulus mengapa ProM boleh menguasai dan memang dalam piliharaya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menang besar. baca disini

Adalah jelas menunjukkan ProM Universiti Malaya (UM) sangat takut dengan sisten e-undi ini, siap menjemput Mafrel pada pilihnaraya kampus...Jelas menunjukkan bahawa ProM UM bukanlah sebuah persatuan mahasiswa yang kuat untuk membela nasib mahasiswa UM dan kemungkinan besar ProM UM pada tahun ini tidak sehebat ProM UM tahun lepas yang ternyata hingga menyebabkan TNC HEPA tunduk kepada ProM pada tahun lepas....taniah diucapkan pada ProM UM tahun lepas.

Dewakampung melihat kaedah menjemput Mafrel hadir pada pilihanraya kampus seakan sama dengan kaedah yang dibawa oleh pembangkang semasa pilihanraya umum dengan menyatakan sistem pilihanraya tidak tulus maka alasan yang sama turut digunakan pakai oleh ProM UM. tengok ini
Dewakampung turut melihat ProM telah mengunakan "Deception Strategy" seperti terdapat dalam teori peperangan Jeneral Sun Tzu's pada pilihanraya kampus, maka dewakampung menyeru agar mahasiswa lari dari kaedah yang diguna pakai oleh ProM ini.
Apabila ProM menjemput Marfel sebagai pemerhati maka ProM turut mengunakan satu lagi teori Jeneral Sun Tzu's iaitu "Strategy Of Turning Disadvantages Into Advantages" bermaksud cuba mengubah sesuatu situasi dari memihak kepada Penggerak Mahasiswa kepada ProM dan ini merupakan teori popular yang selalu digunakan dalam kancah peperangan. Maka dewakampung sekali lagi menyeru agar mahasiswa kampus perlu bijak melihat setiap kaedah yang diguna pakai agar tidak terperangkap dengan permainan politik ProM.

Thursday, 14 January 2010

Karpal & Imam Ngah Kok Meng

Dewakampung pernah teringat Karpal Singh menyatakan "MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM LANGKAH MAYAT KAMI DULU" dalam keratan akhbar



Dan adalah amat menghairankan apabila anak didik DAP pernah membaca Al-Quraan dan mungkin dewakampung boleh mengelarkan Imam Besar Ngah Kok Meng....jadi kesimpulan yang mudah untuk dewakampung nyatakan DAP bukanlah parti yang jujur dalam perjuangakan nasib rakyat,,,sebab cakap pun berbelit-belit...Mengapakan PAS dan PKR masih lagi menjadi makmum kepada DAP?????
Siapa boleh tolong jawab kecelaruan ini

Tuesday, 12 January 2010

RM 15 Juta Untuk Isteri Yang Diceraikan

Salah Satu Lambang Kewujudan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Seperti Termaktud Dalam Perlembagaan Negara

Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ada satu motto yang dibawah oleh YAB Perdana Menteri dan sepanjang pemerintahan YAB Perdana Menteri menerajui kerajaan Malaysia dan UMNO sebagai juara rakyat. YAB Perdana Menteri telah melaksanakan apa yang diucapkan dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah. sila rujuk ini

Dewakampung difahamkan peruntukan ini bertujuan untuk membantu isteri yang dalam proses perceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami yang kurang tanggungjawab serta bertujuan agar para isteri ini dapat meneruskan hidup dengan baik dan tidak diabaikan.

Bantuan dari kerajaan ini amat baik kerana dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara buruk kepada isteri-isteri yang diceraikan oleh suami..sebagai contoh ada dikalangan isteri akan terjerumus ke kancah maksiat demi mencari sesuap nasi untuk menampung hidup diri dan anak-anak tercinta. Disini dewakanpung tegaskan tidak semua isteri yang dicerai akan terjerumus ke kancah maksiah tetapi realitinya sebahagian akan terjerumus ke kancah tersebut teruatama yang hidup dikota-kota metropolitan.

Adalah jelas pengagihan ini sedang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada kepada negeri-negeri di seluruh negara termasuk negeri yang diperintah oleh puak-puak pembangkang.
Dewakampung melihat inilah sebuah kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan dewakampung ingin bertanya kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, PKR & DAP jika kerajaan pusat tidak bantu isteri-isteri yang diceraikan oleh suami tidak bertanggungjawab adakah kerajaan pimpinan ulama ini akan membantu????..

Dan inilah dikatakan Kerajaan Yang Menjaga Kebajikan Rakyat mengikut landasan Islam

Taniah YAB Perdana Menteri diatas kejujuran dan keikhlasan YAB Perdana Menteri melihat kesusahan rakyat terutama golongan isteri-isteri yang menjadi mangsa penceraian.