Sunday 12 July 2009

20 Ribu VCD & Tanah Kampung Buah Pala

Hari ini telah terbukti satu lagi kesepakatan tidak wujud dikalangan komponan Parti Pembangkang dimana sikap saling salah-menyalah amat jelas berlaku apabila R.S.N Rayer (Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri) dengan lantang menyatakan Anwar Ibrahim telah membuat janji kepada penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan kemelut isu tanah. R.S.N Rayer turut menyatakan DAP ada membuat janji semasa pilihanraya yang lepas tetapi Anwar Ibrahim adalah pihak pertama yang membuat janji baca ini.

Bagi dewakampung pula jelas menunjukkan pimpinan Parti Pembangkang tidak berupaya menyelesaikan isu tanah Kampung Buah Pala dan ini membuktikan Pakatan Pembangkang memang tidak layak untuk membentuk kerajaan, apakah lagi menguasai Malaysia kerana isu melibatkan negeri kecil seperti Pulau Pinang tidak mampu diselesaikan siap menghantar surat bantuan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan kemelut ini......Adakah ini sebuah kerajaan, jika tidak dapat selesaikan masalah serah pada pihak lain, kalau ini lah gaya dan corak pemerintahah DAP, nescaya akan lingkuplah negara Malaysia tercinta ini????

Adalah amat kelakar apabila Parti yang dikatakan mempunyai persefahaman tyang tinggi telah saling menuduh antara satu sama lain....dan selain itu, bukti jelas penduduk Kampung Buah Pala telah ditipu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, maka adalah lebih elok Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan dan pulang ke Melaka.

R.S.N Rayer telah menyalahkan Tharmaraj yang merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana mengedarkan Cakera Padat Video Digital (VCD) lebih 20 ribu unit yang terkandung ucapan dan rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Dewakampung melihat R.S.N Rayer telah melahirkan kemarahan kepada Tharmaraj dengan menyatakan beliau tidak mempunyai tanggungjawab terhadap parti...sukacita diingatkan semasa Kerajaan BN memerintah DAP, PKR, PAS dan seluruh pakatan pembangkang hanya mencari salah sahaja tanpa usulkan cadangan...dan apabila sudah memerintah perkara kecil pun tidak boleh nak selesaikan.

Adalah amat hairan bagaimana isu tanah 999 tahun boleh diselesaikan dengan segera dan isu tanah di Kampung Buah Pala tidak boleh diselesaikan, siap menyatakan kerajaan negeri tidak mampu lagi ??, dewakampung semakin hairan dengan Parti pembangkang dan kepada Parti PAS masih tak nampak ke masalah yang berlaku, mengapa masih duduk dengan DAP?........sekadar bertanya.

Persoalan disini adakah benar apa yang Nik Aziz pernah ucapkan?????...dewakampung masih lagi berfikir berkenaan isu Tanah Kampung Buah Pala....

dewakampung SAYANG PULAU PINANG!!!!!!!!






No comments: