Pada hari ini YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan berkenaan penggunaan PPSMI dan pemasuhan ini adalah secara berperingkat dan akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, pemasuhan ini adalah berasaskan kajian dan terdapat beberapa kekurangan. Tetapi dewakampung percaya Parti Pembangkang akan menyatakan itu usaha mereka dan ini adalah karut sama sekali kerana Parti pembangkang hanya bercakap sahaja tanpa membantu kerajaan dalam bersama-sama membuat kajian.
Jika kita lihat dengan jelas ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri, beliau menyatakan PPSMI tidak gagal sepenuhnya dan ada pelajar yang mendapat faedah hasil dari PPSMI dan Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terutama Ketua Pengarah kerana berjaya mempertahankan PPSMI selepas dikecam oleh pelbagai pihak.
Cadangan awal wujud dasar PPSMI, merupakan satu niat murni kerajaan mahu mengangkat pelajar-pelajar Malaysia dan ia merupakan satu peluang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjanji untuk memantapkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia dengan menambah bilangan guru sebanyak 13 ribu orang dan manambah jadual waktu belajar Bahasa Inggeris.
Maka disini dewakampung menulis kembali ucapan Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO berhubung isu ini:
"Mansuhkan PPSMI dan tingkatkan usaha pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan kaedah yang diperbaiki adalah bukti kerajaan sentiasa mengkaji sesuatu dasar agar menguntungkan rakyat.
Terpenting ialah dengan perubahan yang dibuatkan ini maka Bahasa Malaysia akan sentiasa dimartabatkan dan pada ketika yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan.
Bahasa Melayu adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan gagasan One Malaysia.
Peranan ini mesti diteruskan.. Pengumuman ini adalah baik untuk pelajar di luar bandar dan pinggir bandar.
UMNO Johor sejak dari mula lagi telah tidak bersetuju dengan PPSMI."
Pembangkang jangan kata ini atas sebab usaha mereka kerana perubahan dasar ini adalah setelah kajian terperinci kerajaan dengan pelbagai pihak.
Pelajar dicadangkan menguasai bahasa ketiga samaada arab, mandarin atau tamil.
Ini penting bagi mewujudkan generasi bercirikan glokal yang tidak hanya hebat dipentas lokal malah berjaya di arena global."
Wallahhualam. Ini yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" taniah kepada Kerajaan kerana menunaikan apa yang dislogankan
No comments:
Post a Comment