Friday 7 August 2009

Khalid Ibrahim, Ronnie Liu & Arak

Dewakampung merasa sedih dengan tindak balas dari Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), jelas menunjukkan Menteri Besar Selangor itu langsung tidak mempunyai sikap hormat kepada sesama Islam apabila tindakan PAS dipersoalkan serta ditolak mentah-mentah oleh Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim juga sanggup meminggirkan agama Islam dengan mengekalkan paratuan jualan minuman keras di Shah Alam serta dengan jelas telah menolak draf yang dicadangkan oleh PAS Selangor baca disini.

Khalid Ibrahim juga sanggup melindungi mereka yang jelas melakukan kesalahan apabila tindakan YB Ronnie Liu (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) sering campur tangan dalam urusan serta tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) ini akan mendatangkan implikasi kepada fungsi PBT itu sendiri. YB Ronnie Liu turut mencampuri urusan agama Islam dengan menyatakan minum "beer" dibolehkan kerana kandungan akohol ada sedikit...persoalan disini yang HARAM TETAP HARAM DISISI HUKUM AGAMA ISLAM, tidakan dilakukan YB Ronnie Liu ini telah mencemarkan kesucian Agama Islam yang merupakan teras kepada negara ini seperti terkandung dalam Perlembagaan Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan & agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam persekutuan...mengapa bergitu dangkal pemikiran YB Ronnie Liu.. dan mengapa Khalib Ibrahim masih memihak kepada YB Ronnie Liu???.

Penyalahgunaan kuasa oleh Exco Kerajaan Selangor

Adalah amat meragukan apabila Khalid Ibrahim telah menolak mentah-mentah desakan PAS tanpa ada siasatan lanjut dan menganggapnya sebagai bukan isu besar....Persoalan disini ia berkaitan dengan akidah & Khalid Ibrahim boleh menyatakan ia bukan isu, fahamkah Khalid Ibrahim tentang hukum-hakam dalam Islam??, amat mendukacitakan apabila seorang penganut agama Islam telah memperkecilkan agama yang suci ini.

Tindakan Khalid Ibrahim ini jelas telah mencemuh agama Islam dan jelas pemimpin Melayu lain dalam PKR temasuk Anwar Ibrahim langsung tidak menegur tindakan Khalid Ibrahim??, Apa sudah jadi dengan PKR hingga sanggup menghina kesucian agama Islam....dewakampung mencabar Khalib Ibrahim agar mengambil tindakan tegas keatas YB Ronnie Liu jika beliau benar-benar perjuangan Islam seperti saranan PAS Selangor...dan taniah kepada Datuk Dr. Hassan Ali diatas ketegasan beliau walaupun Nik Aziz, Hadi Awang & lain-lain pemimpin kanan PAS berdiam diri dengan isu ini lihat ini.

Jika kita melihat kembali sejarah, tidak pernah mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan penguatkuasa dalam melaksanakan tugas berkaitan dengan Agama Islam dan Bangsa Melayu tetapi apa sudah jadi dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor apabila DAP boleh mencampuri kesucian agama Islam????.

Apa yang jelas YAB Menteri Besar Selangor itu tidak berani tegur YB Ronnie Liu sebab pemimpin DAP adalah kesayangan YAB Menteri Besar Selangor....

p/s kepada YAB Khalid Ibrahim mohon ubah cara anda tadbir Selangor kerana YB Ronnie Liu telah mencampuri urusan Agama Islam dengan penyataan yang silap boleh mencetuskan permasalahan akidah umat Islam.

Dewakampung sayang Islam (-:

2 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...KHALID DH KENA CUCUK HIDUNG DGN RONNIE. ANUWAR X TERKATA DAH! SIANG2 ZIP MULUT!. PEMUDA DAPSY DH MULA KURANG AJAR! SEMUA GARA2 NIK AJIS LEMBIK KEPALA LUTUT. TAKUT NAK ANGKAT KEPALA KAT KIT SIANG!

PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.