Wednesday, 10 March 2010

Zulkifli Noordin Tarik Diri Jadi Peguam DSAI

YB Anwar Ibrahim pernah memfailkan permohonan qazaf pada 7hb Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Shamsuddin Hussain (Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan), untuk mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu. YB Anwar Ibrahim turut menuntut Datuk Che Mat Che Ali (Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) serta Senator Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai responden pertama hingga ketiga. baca disini

Jika menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki dan sekyen ini bagi melarang seseorang dituduh berzina.

Tetapi semalam pada 9hb Mac 2010, YB Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu merangkap peguam YB Anwar Ibrahim telah menarik diri dari mewakili YB Anwar Ibrahim), maka satu persoalan perlu difikirkan secara bersama dan kolektif mengapa Zulkifli Noordin menarik diri???? lihat ini.

Keadaan ini menunjukkan sedang berlaku permasalahan yang besar dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden PKR juga telah memecat YB Zulkifli Noordin dari PKR ini menunjukkan Presiden PKR gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin serta membuktikan parti ini bukan bersifat terbuka kerana tidak boleh menerima teguran dan kritikan dari anak-buah.

Dewakampung merasakan PKR sudah tidak releven untuk disokong apakah lagi mewakili suara orang Melayu kerana sejak memerintah di beberapa negeri PKR lebih mementingkan kuasa politik dan kepentingan parti dari mempertahankan agama Islam dan Bangsa Melayu hingga boleh bersetuju dengan DAP perkara yang menyentuh sensitiviti Agama Islam dan orang Melayu.

Dewakampung amat besetuju dengan cabaran YB Zulkifli Noordin yang mahu Presiden PKR menjelaskan pendiriannya kerana rakyat hendak tahu apa sebenarnya pendirian PKR.

Dewakampung masih menunggu episod seterusnya

Sunday, 28 February 2010

O...........Melayu!!!!!!!

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti telah menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan. Dewakampung difahamkan permohonan telah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. lihat disini

Menurut Fakhrul Che Umar (Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering)dalam ucapannya menyatakan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kepimpinan PKR.

Dewakampung melihat orang Melayu di Pulau Pinang telah sedar akan penindasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga isu sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Jika diteliti kesemua isu yang disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang boleh dikatakan bercangah dengan Perlembagaan Negara seperti terkandung dalam Perkara 3 (1), 152 dan 153.

Persoalannya adakah DAP akan mempertahankan perkara yang termaktud dalam Perlembagaan jika mereka berjaya memerintah negara????...dewakampung masih tidak faham kenapa sesetengah pemimpin parti politik pembangkang Melayu turut menyokong tindakan ini????

Saturday, 20 February 2010

Haji Hadi, Patriotisme & Campurtangan

Dewakampung berasa amat hairan dengan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu campur tangan asing dalam kes perbicaraan liwatnya, dewakampung berpendapat Malaysia harus menjadi sebuah negara berdaulat serta tidak perlu campur tangan asing apatah lagi negara bukan Islam serta negara barat yang tidak mengetahui sistem perundangan negara ini atau mungkin persoalan liwat tiada masalah bagi mereka.

Jika Anwar Ibrahim terlupa, dengan merendah diri dewakampung ingatkan kepada Ketua Pembangkang berserta penyokongnya yang negara tersebut pernah menyatakan polis bagi mewakili USA di Asia Tenggara serta negara tersebut pernah bersama-sama menghantar tentera untuk menyerang Iraq (merupakan sebuah negara Islam) yang telah dijajah oleh kuasa besar.

Tindakan Haji Hadi yang membantah campur tangan kuasa asing dalam sistem perundangan Malaysia harus dipuji ini membuktikan Haji Hadi mempunyai semangat patriotisme yang baik berbanding dengan Anwar Ibrahim. Tetapi agak hairan mengapa Nik Aziz tidak menyatakan apa-apa pendirian berhubung isu campurtangan dan bantahan dari Ahli Parlimen Australia. lihat disini

Hairan dengan pemimpin pembangkang yang lain mengapa mereka tidak menyatakan pendirian??....adakah pemimpim pembangkang lain bersetuju dengan campurtangan asing dalam sistem pentadbiran negara Malaysia??...Dewakampung melihat tiada erti tolak ansur jika kedaulatan negara cuba dicampuri oleh orang asing dalam apa-apa urusan negara sama ada kecil atau besar. Apakah lagi tindakan menjemput campur tangan asing merupakan pengkhianatan paling besar kepada Malaysia. Jelas campur tangan barat yang bukan Islam seakan-akan mahu mencemarkan maruah pemimpin negara Islam seperti mana berlaku pada negara Islam yang lain.
Tindakan YAB Timbalan Perdana Menteri yang membidas merupakan satu langkah berani pemimpin negara yang bergitu sayang kepada negara Malaysia dan itulah sifat sebenar pemimpin negara Islam yang berani mempertahankan maruah negara bukan seperti Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP yang mahu legislatif mempengaruhi kedudukan hakim, ini jelas merosakan sistem negara Malaysia.baca ini

Sejarah dunia, membuktikan sesebuah negara akan dijajah jika campurtangan asing dijemput, antara negara yang telah dijajah seperti Iraq, Afganistan, Pakistan dan kejatuhan tamadun Melaka suatu ketika dahulu akibat dari campurtangan negara barat.

Mengapakah Anwar menafikan Saiful untuk mendapat keadilan...hingga sanggup menjemput campurtangan asing dalam kes liwat beliau,,,,jika Awar tidak bersalah mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan kes perbicaraan ini dan mengapa Anwar mahu menggugurkan kes liwat ini dan mengapa Anwar mahu melengahkan kes liwat dan mengapa Anwar mahu menangguh lagi pembicaraan kes liwat..dan ini persoalan yang berlegar-legar didalam kepala dewakampung?????