Tuesday, 27 January 2009

Siapa Yang Tadbir Negeri Selangor



Kenyataan yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Negeri Selangor dimana siapa yang sebenarnya yang berkuasa di Selangor??????, Dimanakah pemimpin Melayu PAS dan PKR dan mengapa YAB Menteri Besar Selangor ini dikepung oleh Kit Siang dan anaknya. Teresa Kok dan Xavier Jayakumar juga lihat cuba mendominasi MB baru ini.

Persoalan SIAPA MENTADBIR NEGERI SELANGOR????????

Dimanakah Melayu akan duduk 10 tahun lagi.....Pening aku memikirkan

YAB Menteri Besar dan Negeri Selangor



apa yang di buat oleh YAB Menteri Besar Selangor

aku pening memikirkan sikap YAB Menteri Besar ini,,,apa jadi dengan nasib Melayu selepas ini

Monday, 26 January 2009

Selamat Tahun Baru Cina

ADUN BOTA DAN PKR

Apa sudah jadi dengan ADUN Bota..adakah beliau merupakan calon Menteri Besar Perak Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Saya bergitu terperanjat dan hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Saya melihat ADUN Bota telah mengkhianati amanat dan amanah rakyat yang mahukan Barisan Nasional untuk mewakili mereka atau lebih tepat lagi Parti Keramat Melayu iaitu UMNO.

Tindakan ADUN Bota tidak boleh dimaafkan oleh rakyat DUN Bota dan saya merasakan beliau harus meletak jawatan sebagai ADUN bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan jika beliau benar-benar berani dan boleh menang dengan tiket PKR, Jika beliau terlupa sukacita saya ingatkan beliau menjadi ADUN adalah atas tiket Barisan Nasional

Satu lagi persoalan yang bermain dalam fikiran saya adakah dengan tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi Felcra dan kalah dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO menyebabkan beliau sanggup berpaling tadah dengan mengkhianati perjuangan UMNO, barisan Nasional, Pemimpin dan Rakyat. Jika kerana pangkat beliau telah mengkhianati perjuangan adalah elok rasanya beliau meninggalkan UMNO serta disaran meletak jawatan kerana pemimpin bukan mengejar harta dan pangkat sebaliknya berjuangan kepada rakyat.

ULASAN = Pemimpin yang baik sanggup berjuang ketika senang dan susah

Wednesday, 21 January 2009

Pro-Mahasiswa Jangan Tipu Kami

Keputusan Pilihanraya Universiti Malaya

ASPIRASI
Fakulti 19
Umum 2

PRO-MAHASISWA
Fakulti 11
Umum 8

BEBAS
Fakulti 2

Saya agak terkejut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pro-Mahasiswa yang dengan megah menyatakan mereka telah pun menang dalam pilihanraya kampus UM. Jika dilihat dari statistik keputusan apa yang pasti Pro-Mahasiswa telah tewas satu kerusi, jadi nasihat saya kepada Pro-Mahasiswa cukup-cukup penipuan dan fitnah yang dibuat sepanjang tempoh pilihanraya UM dan janganlah pula menbuat pembohongan untuk kali ini
sekian wasssalam

Tuesday, 13 January 2009

Pilihanraya Kampus


Seperti sedia ketahui pilihanraya kampus akan berlansung dari 14hb Januari 2009 hingga ke hari pembuangan undi 19hb Januari 2009 dimana beberapa kampus akan melaksanakan seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Semasa berlangsung pilihanraya terutama di Universiti Malaya mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Pro-Mahasiswa dengan ergitu lantang dan berbangga menyatakan akan membawa perubahan yang besar kepada Universiti. Persoalan yang ingin saya nyatakan perubahan yang bagaimana ingin dibawa oleh mereka jika di peringkat awal lagi beberapa dakwaan buruk serta fitnah telah ditaburkan kepada kepada penggerak mahasiswa.

Difahamkan menyatakan pro-mahasiswa gagal memasuki pintu Kolej Kediaman Ke-9 kerana telah ditutup terlebih dahulu oleh Pihak Kolej dan Seorang ahli Pro-Mahasiswa menyatakan tindakan pihak Kolej Kediaman Ke-9 yang berbuat demikian adalah tindakan yang kurang bijak.

manakala Saudara Hafiz Ilyas dengan angkuh menyatakan "Kita datang secara baik tanpa ada maksud yang tidak baik. Di Kolej kediaman Ke Dua Belas misalnya, kita mendapat sambutan yang mengalakkan tanpa ada halangan malah penghuni kolej memberikan kerjasama dan sokongan yang memberansangkan.” Saya sebagai warga kampus melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bergitu angkuh kerana membanding-bandingkan kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya.

Jika Saudara Hafiz Ilyas berminat untuk menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang baik dan bukan pemimpin yang suka membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

Monday, 5 January 2009

Kisah Tadika KEMAS di Perak

Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang telah meminta pihak KEMAS mengosongkan premis setelah mendapat surat dari Pajabat Daerah dan notis yang diberikan kepada Pegawai dan Kakitangan KEMAS ialah 14 hari.

Saya sebagai rakyat tertanya-tanya mengapa tindakan sedemikan kejam diambil kepada KEMAS kerana ia mendatangkan implikasi kepada anak-anak yang tidak tahu langsung berkenaan politik serta menyusahkan ibubapa kanak-kanak terbabit.

Sedar atau tidak tindakan ini telah merugikan 13'000 murid Tadika KEMAS yang merupakan anak-anak jati negeri Perak...Agak malang nasib anak-anak ini kerana hak untuk mendapatkan pembelajaran peringkat awal telah pun disekat oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Jika di Palestin, Iraq dan lain-lain negara yang bergelumang dengan peperangan kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan kerakusan pengganas dan penceroboh malahan hendak menuntut ilmu pun terpaksa belajar di khemah-khemah tetapi berbeza di negeri Perak dimana kanak-kanak tidak dibenarkan belajar di negara sendiri.

Disini saya tertanya-tanya adakah Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang takut akan bayang-bayang sendiri. Sukacita saya nyatakan disini dari pada 13'000 kanak-kanak yang menuntut di Tadika KEMAS hampir 99% adalah bangsa Melayu, saya memikirkan apakah nasib akan bangsa Melayu itu sendiri yang sudah pastinya kanak-kanak ini akan menjadi pewaris serta pemimpin negara pada masa hadapan.

Saya memohon kepada YAB Menteri Besar Perak tolong fikirkan nasib anak-anak Melayu, jangan kerana politik pendidikan bangsa Melayu di perlekehkan

Tolong fikir dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat, saya masih mengenangkan nasib akan anak-anak Melayu Perak

Saturday, 3 January 2009

Apa Sudah Jadi dengan BA


Pada baru-baru ini, 2 ADUN kerajaan campuran negeri Perak telah mengadakan pilihanraya Kampung Baru Cina dalam memilih Ketua Kampung dan secara nyata Adun telah melanggar arahan YAB Menteri Besar Perak yang mahu perlantikan Ketua Kampung Baru Cina dibuat secara lantikan...Apa yang ingin saya persoalkan mengapa ADUN dibawah YAB Menteri Besar Perak boleh melanggar arahan yang dikemukan oleh YAB sendiri, Saya sebagai rakyat melihat disini seolah-olah wujud ke tidak fahaman diantara ADUN dengan pihak Kerajaan Campuran Negeri Perak yang secara jelas tidak mempunyai persefahaman adakah DAP, PAS dan PKR mempunyai masalah dalam memerintah negeri Perak. Jika keadaan ini berlarutan saya sebagai rakyat melihat ini akan mendatangkan implikasi kepada rakyat Perak itu sendiri dan perkara ini tidak pernah berlaku sesama zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Semalam di Buletin Utama TV 3, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pula meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSIA)menasihati ahli-ahli parti Keadilan Rakyat (PKR) agar lebih berdisiplin..Persoalan nya disini benarkan ahli PKR tidak berdisiplin atau DSIA sebagai Ketua Pembangkang tidak mampu mengawal tindak tanduk ahli PKR?? harain dan ajaib
aku masih memikirkan nasib akan negara ini

Thursday, 1 January 2009

Kisah Tanah & YAB Menteri Besar Perak

Saya merasa amat terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak) yang membuat keputusan untuk memberi tanah milik kekal kepada 11 penduduk Kampung Kuala Rui, Gerik Perak. Persoalan di sini apakah tujuan sebenar Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak adakah sekadar untuk meraih undi.

Dewa kampung ingin menyatakan pada 27 Jun 2008 Kerajaan Campuran Perak mengumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri untuk memberikan geran tanah milik kekal selama 999tahun kepada penduduk kampung baru & Rancangan Kampung Tersusun (RKT)iaitu sebanyak 900 tahun daripada asal ialah 99 tahun.

Terdapat 60 ribu penduduk kampung baru dengan 80% adalah Cina, sementara bagi RKT pula seramai 73'703 penduduk dimana 44.02%(Melayu), 37.93& (Cina) dan 18.05% (India).(Sumber Utusan Malaysia)

Adalah amat mendukacitakan apabila Kerajaan Campuran Perak tidak menerima keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) untuk menangguhkan program tersebut..saya berfikir adalah ini merupakan strategik untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jangan kerana politik YAB Menteri Besar sanggup mengadaikan tanah air ini dan kepada Marsyidun AM dan Tuan Presiden PAS tolong nasihatkan anak buah anda dalam perjuangan dan politik ada batas-batas,,,,Jangan sesekali kita mengadaikan Ketuanan Melayu kerana Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

Suka cita diingat negara Maju seperti sekarang adalah disebabkan perjanjian antara kaum yang dibuat pada masa dahulu kerana Kontrak Sosial yang dipersetujui telah memberi jaminan hak kepada semua bangsa di Malaysia