Tuesday, 13 January 2009

Pilihanraya Kampus


Seperti sedia ketahui pilihanraya kampus akan berlansung dari 14hb Januari 2009 hingga ke hari pembuangan undi 19hb Januari 2009 dimana beberapa kampus akan melaksanakan seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Semasa berlangsung pilihanraya terutama di Universiti Malaya mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Pro-Mahasiswa dengan ergitu lantang dan berbangga menyatakan akan membawa perubahan yang besar kepada Universiti. Persoalan yang ingin saya nyatakan perubahan yang bagaimana ingin dibawa oleh mereka jika di peringkat awal lagi beberapa dakwaan buruk serta fitnah telah ditaburkan kepada kepada penggerak mahasiswa.

Difahamkan menyatakan pro-mahasiswa gagal memasuki pintu Kolej Kediaman Ke-9 kerana telah ditutup terlebih dahulu oleh Pihak Kolej dan Seorang ahli Pro-Mahasiswa menyatakan tindakan pihak Kolej Kediaman Ke-9 yang berbuat demikian adalah tindakan yang kurang bijak.

manakala Saudara Hafiz Ilyas dengan angkuh menyatakan "Kita datang secara baik tanpa ada maksud yang tidak baik. Di Kolej kediaman Ke Dua Belas misalnya, kita mendapat sambutan yang mengalakkan tanpa ada halangan malah penghuni kolej memberikan kerjasama dan sokongan yang memberansangkan.” Saya sebagai warga kampus melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bergitu angkuh kerana membanding-bandingkan kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya.

Jika Saudara Hafiz Ilyas berminat untuk menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang baik dan bukan pemimpin yang suka membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

No comments: