Thursday 1 January 2009

Kisah Tanah & YAB Menteri Besar Perak

Saya merasa amat terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak) yang membuat keputusan untuk memberi tanah milik kekal kepada 11 penduduk Kampung Kuala Rui, Gerik Perak. Persoalan di sini apakah tujuan sebenar Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak adakah sekadar untuk meraih undi.

Dewa kampung ingin menyatakan pada 27 Jun 2008 Kerajaan Campuran Perak mengumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri untuk memberikan geran tanah milik kekal selama 999tahun kepada penduduk kampung baru & Rancangan Kampung Tersusun (RKT)iaitu sebanyak 900 tahun daripada asal ialah 99 tahun.

Terdapat 60 ribu penduduk kampung baru dengan 80% adalah Cina, sementara bagi RKT pula seramai 73'703 penduduk dimana 44.02%(Melayu), 37.93& (Cina) dan 18.05% (India).(Sumber Utusan Malaysia)

Adalah amat mendukacitakan apabila Kerajaan Campuran Perak tidak menerima keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) untuk menangguhkan program tersebut..saya berfikir adalah ini merupakan strategik untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jangan kerana politik YAB Menteri Besar sanggup mengadaikan tanah air ini dan kepada Marsyidun AM dan Tuan Presiden PAS tolong nasihatkan anak buah anda dalam perjuangan dan politik ada batas-batas,,,,Jangan sesekali kita mengadaikan Ketuanan Melayu kerana Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

Suka cita diingat negara Maju seperti sekarang adalah disebabkan perjanjian antara kaum yang dibuat pada masa dahulu kerana Kontrak Sosial yang dipersetujui telah memberi jaminan hak kepada semua bangsa di Malaysia

No comments: