Saturday, 3 January 2009

Apa Sudah Jadi dengan BA


Pada baru-baru ini, 2 ADUN kerajaan campuran negeri Perak telah mengadakan pilihanraya Kampung Baru Cina dalam memilih Ketua Kampung dan secara nyata Adun telah melanggar arahan YAB Menteri Besar Perak yang mahu perlantikan Ketua Kampung Baru Cina dibuat secara lantikan...Apa yang ingin saya persoalkan mengapa ADUN dibawah YAB Menteri Besar Perak boleh melanggar arahan yang dikemukan oleh YAB sendiri, Saya sebagai rakyat melihat disini seolah-olah wujud ke tidak fahaman diantara ADUN dengan pihak Kerajaan Campuran Negeri Perak yang secara jelas tidak mempunyai persefahaman adakah DAP, PAS dan PKR mempunyai masalah dalam memerintah negeri Perak. Jika keadaan ini berlarutan saya sebagai rakyat melihat ini akan mendatangkan implikasi kepada rakyat Perak itu sendiri dan perkara ini tidak pernah berlaku sesama zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Semalam di Buletin Utama TV 3, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pula meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSIA)menasihati ahli-ahli parti Keadilan Rakyat (PKR) agar lebih berdisiplin..Persoalan nya disini benarkan ahli PKR tidak berdisiplin atau DSIA sebagai Ketua Pembangkang tidak mampu mengawal tindak tanduk ahli PKR?? harain dan ajaib
aku masih memikirkan nasib akan negara ini

No comments: