Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang telah meminta pihak KEMAS mengosongkan premis setelah mendapat surat dari Pajabat Daerah dan notis yang diberikan kepada Pegawai dan Kakitangan KEMAS ialah 14 hari.
Saya sebagai rakyat tertanya-tanya mengapa tindakan sedemikan kejam diambil kepada KEMAS kerana ia mendatangkan implikasi kepada anak-anak yang tidak tahu langsung berkenaan politik serta menyusahkan ibubapa kanak-kanak terbabit.
Sedar atau tidak tindakan ini telah merugikan 13'000 murid Tadika KEMAS yang merupakan anak-anak jati negeri Perak...Agak malang nasib anak-anak ini kerana hak untuk mendapatkan pembelajaran peringkat awal telah pun disekat oleh Kerajaan Negeri sendiri.
Jika di Palestin, Iraq dan lain-lain negara yang bergelumang dengan peperangan kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan kerakusan pengganas dan penceroboh malahan hendak menuntut ilmu pun terpaksa belajar di khemah-khemah tetapi berbeza di negeri Perak dimana kanak-kanak tidak dibenarkan belajar di negara sendiri.
Disini saya tertanya-tanya adakah Kerajaan Campuran Pakatan Pembangkang takut akan bayang-bayang sendiri. Sukacita saya nyatakan disini dari pada 13'000 kanak-kanak yang menuntut di Tadika KEMAS hampir 99% adalah bangsa Melayu, saya memikirkan apakah nasib akan bangsa Melayu itu sendiri yang sudah pastinya kanak-kanak ini akan menjadi pewaris serta pemimpin negara pada masa hadapan.
Saya memohon kepada YAB Menteri Besar Perak tolong fikirkan nasib anak-anak Melayu, jangan kerana politik pendidikan bangsa Melayu di perlekehkan
Tolong fikir dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat, saya masih mengenangkan nasib akan anak-anak Melayu Perak
No comments:
Post a Comment