Thursday, 11 June 2009

Bila Sultan Bertitah


DYMM Sultan Perak telah melahirkan rasa kegusaran dengan bertitah gerakan mempertikaikan orang Melayu dan Bumiputera yang tertulis dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri secara langsung pertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Dewakampung melihat titah DYMM Sultan Perak adalah amat jelas bahawa setiap perkara yang dipertikaikan secara tidak langsung telah menghina Kedaulatan Raja-raja Melayu. Titah DYMM Sultan Perak ini boleh dilihat dalam Utusanonline.

Jika dilihat setiap perkara dan item yang termaktub dalam Perlembagaan adalah hasil dari persetujuan secara bersama dalam semangat memberi dan menerima. Suka cita dewakampung ingat Raja-raja Melayu telah pun memberi kuasa kepada Rakyat dan seharusnya rakyat bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan Raja-raja Melayu. ,

Seharusnya Parti Pakatan Pembangkang terutama DAP dan PKR faham konsep dan Prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Jika pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tidak memahami seharusnya mereka tidak layak bercakap mengenai Kedaulatan Raja-raja Melayu apakah lagi untuk memimpin negara ini. Sedarkah DAP beberapa ahli Parlimen mereka menang dikawasan jajahan DYMM Sultan Perak seperti Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur).

Tindakan pemimpin seperti Nizar yang mempersoalkan DYMM Sultan Perak telah mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan dan apa yang jelas rakyat Perak menjadi mangsa keadaan. Kemungkinan besar ini merupakan petunjuk Allah SWT apabila seorang pemimpin itu tidak mempunyai sikap keikhlasan dalam memimpin.

Kepada yang tidak faham bahasa titah DYMM Sultan Perak elok jangan jadi pemimpin kerana kepada mereka yang tidak faham bahasa anda telah menyusahkan rakyat

4 comments:

Anonymous said...

dia org tu patut kuar dari Malaysia

sulhairil hafiz hj sulaiman said...

Hidup Melayu
Hidup Islam

YANG GAMBI said...

Ass'kum, PKR yang telah mengajar DAP untuk melangkah kedaulatan Raja Berpelembagaan dalam negara. PKR juga menghasut bukan bumiputera menentang hak-hak Melayu yang telah temaktub.

Pemimpin PKR tidak mengutamakan perjuanagan rakyat, bangsa dan agama, yang utama adalah menyembunyikan perbuatan laknat sendiri.

PAS bersekonkol semata-mata untuk mendapatkan kuasa, walau pun sebagai boneka DAP. Kegilaan untuk berkuasa mereka redha mengorban hak-hak Melayu tanpa disedari bangsa juga menentukan martabat agama itu dijulang.

Sulhairil HafizHj Sulaiman said...

amat bersetuju dengan YANG GAMBI seharusnya rakyat terutama Bangsa Melayu perlu sedar akan ancaman yang melanda pada hari ini